Dapatkan tiket Konsert Amal OPICK

Thursday, October 29, 2009, 0 comments

Maklumat Konsert Amal OPICK dan In-Team:

Tarikh : 22 November 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kompleks Serbaguna TNB, Bangsar
Anjuran : Muslimcare Malaysia

Dapatkan segera tiket konsert berharga RM15 (dewasa) dan RM10 (pelajar) dari wakil berikut:-

Hanafi : 019-3129302
Syafiq : 013-4713152

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kembali kepada matlamat asal perjuangan

Wednesday, October 28, 2009, 0 comments


Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPG bersama Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi

Catatan Taujihat Al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dalam Usrah Gabungan 26 Oktober 2009 di Gombak Setia

Punca berlaku konflik dalam parti adalah disebabkan kekeliruan terhadap intima' kepada gerakan Islam. Walhal berpolitik hanyalah sebahagian amanah dan tanggungjawab, tujuan sebenar ialah untuk mendaulatkan syariat Islam.

Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah menggariskan sebab-sebab intima' :-
1. Intima' secara naluri dan mengikut kecenderungan hati
2. Intima' kerana kepentingan tertentu yang hendak dicapai
3. Intima' kerana individu
Ketiga-tiga intima' ini bersifat rapuh kerana yang paling tepat adalah menyatakan intima' kerana aqidah yang hakiki.

Oleh itu setiap ahli gerakan Islam harus bijak membezakan di antara 'ahli politik' dengan ahli gerakan Islam yang mana perbezaan ketara dilihat di sudut berikut :-
1. Fikrah - ahli gerakan Islam punyai fikrah yang syamil
2. Syakhsiyah - ahli gerakan Islam punyai syakhsiyah yang soleh
3. Aqidah - ahli gerakan Islam punyai aqidah yang soheh

Pesan Imam Malik rahimahullah, "Tidak akan berjaya sesuatu ummat itu melainkan dia melihat kepada ummat terdahulu". Bagaimanapun melihat ke belakang ini bukan semata-mata melihat dan mengambil materialnya, akan tetapi yang dilihat dan diteladani adalah semangat dan ruh yang terdapat di masa silam itu.

Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi menyampaikan taujihat

Dato Seri Tuan Guru Presiden dalam ucapan dasar muktamar yang lalu menegaskan PAS adalah sebuah harakah tarbiyyah, harakah da'wah dan harakah siyasah. Justeru matlamat perjuangan PAS bukan sekadar untuk menang tetapi juga untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Ungkapan politik adalah persepsi seringkali dinyatakan oleh penganalisa politik dan pemain-pemain politik. Akan tetapi persepsi yang dilihat hanyalah persepsi manusia dan dalam masa sama menolak tepi persepsi atau neraca Allah ta'ala. Sabda Nabi SAW, "Carilah redha Allah sekalipun seluruh manusia tidak meredhai kamu"

Dan pesan terakhir dari sabda Nabi SAW, "Tidaklah tinggal pada suatu kaum itu sekiranya mereka meninggalkan jihad kecuali menjadi hina"

Tuan rumah, Ustaz Halim Arshad (Mantan SU Agung PAS Pusat)


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

UKJ Hulu Kelang cemerlang di Futsal Inter-UKJ Dewan Pemuda PAS Gombak

Tuesday, October 27, 2009, 0 comments

Ampang Sports Complex - UKJ Hulu Kelang berjaya mengungguli saingan di Kejohanan Futsal Inter-UKJ DUN anjuran Lajnah Sukan Dewan Pemuda PAS Gombak baru-baru ini.

Kejohanan yang melibatkan pasukan-pasukan DUN Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang serta pasukan daripada Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak ini disertai lebih 20 orang peserta.

Dengan objektif utama untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli Pemuda PAS Gombak, menjadi matlamat kejohanan ini juga untuk meningkatkan tahap stamina dan kesihatan tubuh badan para peserta sekelian.

Berikut adalah keputusan akhir kejohanan ini:
Juara : UKJ Hulu Kelang
Naib Juara : UKJ Gombak Setia
Ketiga : UKJ Batu Caves
Keempat : Exco DPPG


Para peserta bergambar sebelum perlawanan bermula

Aksi perlawanan dengan penuh semangat ukhuwwah

Perlawanan akhir antara Gombak Setia dan Hulu Kelang (bib kuning), diadili oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan

Ketua UKJ Hulu Kelang, Sdr Habib 'selamba' mengambil hadiah Juara Kejohanan

Keputusan akhir perlawanan...kehebatan UKJ Hulu Kelang (HK) tiada tandingan!!



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Jemput hadir ke Malam Dari Rakyat Untuk Rakyat

Thursday, October 15, 2009, 0 comments




Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Warna-warni Bagan Pinang

, 0 comments

Bagan Pinang - UKJ Hulu Kelang memikul tugas bersama Dewan Pemuda PAS Gombak di bawah arahan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor di peti undi Ladang Bradwall. Kehadiran petugas-petugas dari UKJ Hulu Kelang saban hari sepanjang tempoh kempen bersesuaian dengan komitmen masing-masing.

Walaupun sekian banyak program, ziarah dan penerangan dilakukan bagi pengundi-pengundi di kawasan ini, jumlah undi yang diterima PAS di kawasan ini tidak begitu memberangsangkan. Pun begitu sekurang-kurangnya kelompok pekerja ladang ini yang berani hadir ke program PAS sepanjang tempoh kempen itu pasti dapat membezakan antara PAS dengan Umno. Sekurang-kurangnya juga petugas PAS dapat berinteraksi mesra tanpa sempadan dengan pengundi yang berbeza agama dan berbeza warna kulit ini.


Laluan masuk ke rumah-rumah pekerja ladang

Bergerak ziarah rumah ke rumah

Gigih menerangkan perbezaan PAS dengan Umno di warung kopi

Anak-anak pekerja ladang ceria menyanyikan lagu Negaraku

Ziarah serta sumbangan kebajikan..Pemuda, Muslimat dan Pimpinan berganding bahu

Acara sukaneka yang meriah

ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan bolasepak

Undilah PAS..Bersama Kehendak Rakyat Insya-Allah

Kecoh di hari pengundian oleh penyokong Bn

Teruk bertugas sehingga minyak kereta habis..terpaksa beli dengan botol air mineral


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com