Smart Solat Siri 2/2010 di Ukay Perdana

Wednesday, June 30, 2010,

(gambar) Sebahagian peserta tidak sabar menanti program bermula

Ukay Perdana - Siri ke-2 tahun 2010 bagi program Bengkel Kesempurnaan Solat "Smart Solat" diteruskan lagi pada 26 Jun 2010 lalu. Kali ini komuniti Ukay Perdana yang kebanyakannya didiami oleh penghuni rumah pangsapuri menjadi kumpulan sasaran. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang yang diuruselia oleh UKJ Hulu Kelang ini menyasarkan sebanyak 7 siri pada tahun ini.

(gambar) Peserta lelaki dan perempuan

Bertempat di Surau Sri Baiduri, Pangsapuri Sri Baiduri Ukay Perdana, sambutan yang diterima oleh pihak UKJ Hulu Kelang amat memberangsangkan. Walaupun urusetia hanya menghadkan penyertaan kepada 50 orang penyertaan sahaja, namun pada hari program seramai 65 orang peserta berdaftar. Masih terdapat ramai ibu bapa yang pulang kehampaan kerana tidak dapat mendaftarkan anak-anak mereka menyertai program ini.

(gambar) Penuh disiplin semasa majlis perasmian

Namun begitu, pihak urusetia telah memberi jaminan untuk menganjurkan program ini sekali lagi buat komuniti Ukay Perdana ini. Majlis perasmian telah disempurnakan ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib.

(gambar) Pengerusi Surau Sri Baiduri, En. Halim menyampaikan ucapan


Program telah berjalan dengan sempurna walaupun terdapat pertindihan program di kalangan AJK UKJ Hulu Kelang pada hari dan masa yang sama. Semoga usaha murni dan baik ini dapat diteruskan dan membuahkan hasil yang baik di dunia dan akhirat.

(gambar) Ucapan perasmian oleh YB Haji Saari Sungib



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com