Kejohanan PS2 Hangatkan Kemuncak Piala Dunia 2010

Monday, July 12, 2010,

(gambar) Para peserta sedang beraksi

AU3 - Sempena kehangatan kemuncak Pertandingan Piala Dunia Afrika Selatan 2010, iaitu sebelum perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol dilangsungkan, satu Kejohanan Play Station 2 'Pro Evolution Soccer' telah dilangsungkan di Dewan Orang Ramai AU3.


(gambar) Set permainan Sony PS2 dengan PES 2010

(gambar) Serius mengawal pergerakan pemain masing-masing


UKJ Hulu Kelang melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang telah bekerjasama dengan PeBT Zon 3 yang diketuai saudara Ilham Zainudin dan jawatankuasanya telah menganjurkan pertandingan ini buat belia dan remaja tempatan dan kawasan berdekatan.


(gambar) Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang

(gambar) Para urusetia bertungkus lumus mengendalikan pertandingan


Sebagai satu kelainan dan percubaan pertama dalam menganjurkan aktiviti buat belia dan remaja sempena 'demam bolasepak' ini, pertandingan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 64 orang dan terpaksa ditutup kepada yang mendaftar lewat atas sebab tempoh masa sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala Dunia 2010.


(gambar) Carta perlawanan

(gambar) Perlawanan akhir sedang berlangsung


Perlawanan akhir kejohanan ini telah menemukan antara dua orang peserta terhebat yang mewakili pasukan Brazil dan Portugal yang perlawanannya berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti yang dimenangi pasukan Brazil.

(gambar) Para penyokong 'pasukan Brazil' bersorak keriangan menyambut kemenangan


Dengan percubaan pertama yang berlangsung dengan jayanya ini, pihak penganjur berazam untuk mengadakan lagi pertandingan seumpama ini pada masa akan datang.

(gambar) Naib Ketua Pemuda Gombak mewakili Pusat Khidmat ADUN Hulu Kelang, saudara Helmizan menyampaikan hadiah kepada Naib Johan

(gambar) Johan sulung Kejohanan PS2 menerima hadiah



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com