Program bersama Komuniti Orang Asli Kemensah Melawat Zoo Negara

Thursday, July 1, 2010,

(gambar) Anak-anak yang begitu ceria mendapat belon

Zoo Negara - UKJ Hulu Kelang melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Nisa' Gombak telah menjalankan satu program khusus untuk komuniti Kg Orang Asli Kemensah iaitu melakukan lawatan ke Zoo Negara pada 26 Jun 2010 lalu.

Walaupun jarak tempat pelancongan tersohor di Hulu Kelang ini dengan perkampungan mereka tidak sampai 10 minit perjalanan, namun lawatan ini sungguh bermakna bagi mereka kerana ini adalah kali pertama mereka berpeluang melawat Zoo Negara.

(gambar) Ucapan perasmian oleh YB Haji Saari Sungib


Atas inisiatif dan perancangan yang dilakukan oleh urusetia program, UKJ Hulu Kelang, program tersebut telah berjaya membawa lebih 50 orang dari komuniti Kg Orang Asli Kemensah terdiri daripada dewasa dan anak-anak. Program dirasmikan oleh YB Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang di perkarangan masuk Zoo Negara sejurus sebelum lawatan dimulakan.

(gambar) Semua peserta bergambar beramai-ramai sebelum melakukan lawatan


Kelihatan wajah penuh ceria dan gembira khususnya pada anak-anak apabila berpeluang melakukan lawatan ini. Mereka juga masing-masing telah mendapat sepasang kasut baru dan pakaian rasmi bagi tujuan lawatan bersejarah ini.

(gambar) Ahli Nisa' mengedarkan makanan ringan kepada peserta


Urusetia dari UKJ Hulu Kelang telah bergandingan dengan Nisa' Gombak dalam mengatur perjalanan di dalam Zoo Negara di samping mendekati dan beramah mesra dengan para peserta sebagai salah satu pendekatan pendidikan dan dakwah terhadap kelompok minoriti di Hulu Kelang ini.

(gambar) Peserta di persembahan haiwan di dalam Zoo Negara


Atas sambutan dan reaksi yang menggalakkan yang diterima, lebih banyak lagi program bersama komuniti ini harus dilakukan khususnya program dakwah terhadap mereka. Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil dan mendapat keberkatan.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com