Takziah kepada Saudara Salim @ Mohamad Rodzi

Thursday, November 12, 2009, 0 comments

Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang merakamkan ucapan takziah kepada ahli Pemuda PAS Hulu Kelang, saudara Salim @ Mohamad Rodzi bin Abdul Talib di atas pemergian bondanya, Hajah Bechek binti Abdul Satar di Hospital Besar Kuala Lumpur malam tadi. Jenazah telah selamat disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Klang Gate Baharu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Juga kepada keluarga arwah, khususnya Haji Abdul Talib, saudara Salim dan lain-lain sabar menerima ketentuan Ilahi ini dengan hati yang tenang.

Al-Fatihah

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Menyertai Jambori Amal Kebangsaan 2009

Tuesday, November 3, 2009, 0 comments

Sg Besar, Selangor - Jambori Amal Peringkat Kebangsaan kali ke-17 telah berlangsung di sini dari 30 Oktober hingga 1 November 2009. UKJ Hulu Kelang telah menghantar peserta seramai 9 orang untuk menyertai kontijen Jabatan Amal Negeri Selangor.

Negeri Selangor telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi program Jambori pada tahun ini. Tambahan pula, Unit Amal kini sudah dinaiktaraf menjadi Jabatan Amal selaras dengan perkembangan semasa organisasi ini. Pelbagai pembaharuan dirancang di bawah Ketua Pengarah Amal Malaysia yang baru dilantik, Sdr Juhari Osman, antaranya ialah perubahan pada logo yang boleh dilihat di sini

Pelbagai acara dilangsung dan dipertandingkan di antara kontijen2 Jabatan Amal negeri-negeri sepanjang 2 hari program berlangsung. Antaranya pertandingan kawad, khemah terbaik, nasyid, pentomin, pidato, masakan survival, tarik tali dan juga acara menyelamat. Di akhir Jambori, juara keseluruhan dimenangi oleh Kontijen Jabatan Amal Negeri Kelantan Darul Naim.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dalam ucapannya beliau memuji kerja-kerja amal yang selama ini telah dilakukan oleh Unit Amal. Kerja-kerja kemasyarakatan, kebajikan dan juga amanah2 parti yang telah dipikul oleh Unit Amal selama ini harus diterus dan diperkasakan.

Tuan Guru Presiden juga membaca beberapa potong hadis yg menyentuh tentang keutamaan kerja-kerja amal jamai kemasyarakatan berbanding hidup bersendirian dan beribadah kepada Allah semata-mata. Pesan beliau lagi, anggota Amal adalah ibarat akar-akar pohon yang mendokongi pohon buah-buahan. Jadilah pohon buah-buahan yang apabila dibaling kepadanya oleh kanak-kanak dengan batu dan kayu, dibalasnya dengan buah-buahan.

Peristiwa Peperangan Khaibar juga sempat disampaikan oleh Tuan Guru Presiden. Tatkala Rasulullah SAW menyeru nama Saidina Ali KW untuk mengetuai angkatan perang menyerang Yahudi Khaibar, diberitakan Ali sedang kesakitan. Tetapi apabila Saidina Ali mendapat tahu beliau diamanahkan untuk mengetuai angkatan perang tersebut, terus beliau menyahut panji-panji Islam walau di dalam kesakitan untuk mengetuai angkatan perang tersebut. Menyatakan betapa perlu anggota Amal sekalian siap siaga menerima dan melaksanakan arahan pimpinan.

Jambori Amal Kebangsaan ini melabuhkan tirainya dengan setiap anggota Amal bersalaman penuh ukhuwah sesama mereka dan sesama Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia. Kita jumpa lagi di Jambori Amal tahun hadapan di negeri Melaka!!!

Mendaftar diri di Khemah Kontijen Selangor

Kontijen Amal Selangor segak di Majlis Penutup (ahli Gombak/Hulu Kelang mendominasi barisan hadapan)

Pasukan tarik tali Selangor...tenang sebelum perlawanan bermula

Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS menyampaikan ucapan penutup

Peserta Gombak bergambar kenangan

Lagi foto lihat di album ini


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Dapatkan tiket Konsert Amal OPICK

Thursday, October 29, 2009, 0 comments

Maklumat Konsert Amal OPICK dan In-Team:

Tarikh : 22 November 2009
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kompleks Serbaguna TNB, Bangsar
Anjuran : Muslimcare Malaysia

Dapatkan segera tiket konsert berharga RM15 (dewasa) dan RM10 (pelajar) dari wakil berikut:-

Hanafi : 019-3129302
Syafiq : 013-4713152

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kembali kepada matlamat asal perjuangan

Wednesday, October 28, 2009, 0 comments


Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPG bersama Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi

Catatan Taujihat Al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dalam Usrah Gabungan 26 Oktober 2009 di Gombak Setia

Punca berlaku konflik dalam parti adalah disebabkan kekeliruan terhadap intima' kepada gerakan Islam. Walhal berpolitik hanyalah sebahagian amanah dan tanggungjawab, tujuan sebenar ialah untuk mendaulatkan syariat Islam.

Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah menggariskan sebab-sebab intima' :-
1. Intima' secara naluri dan mengikut kecenderungan hati
2. Intima' kerana kepentingan tertentu yang hendak dicapai
3. Intima' kerana individu
Ketiga-tiga intima' ini bersifat rapuh kerana yang paling tepat adalah menyatakan intima' kerana aqidah yang hakiki.

Oleh itu setiap ahli gerakan Islam harus bijak membezakan di antara 'ahli politik' dengan ahli gerakan Islam yang mana perbezaan ketara dilihat di sudut berikut :-
1. Fikrah - ahli gerakan Islam punyai fikrah yang syamil
2. Syakhsiyah - ahli gerakan Islam punyai syakhsiyah yang soleh
3. Aqidah - ahli gerakan Islam punyai aqidah yang soheh

Pesan Imam Malik rahimahullah, "Tidak akan berjaya sesuatu ummat itu melainkan dia melihat kepada ummat terdahulu". Bagaimanapun melihat ke belakang ini bukan semata-mata melihat dan mengambil materialnya, akan tetapi yang dilihat dan diteladani adalah semangat dan ruh yang terdapat di masa silam itu.

Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi menyampaikan taujihat

Dato Seri Tuan Guru Presiden dalam ucapan dasar muktamar yang lalu menegaskan PAS adalah sebuah harakah tarbiyyah, harakah da'wah dan harakah siyasah. Justeru matlamat perjuangan PAS bukan sekadar untuk menang tetapi juga untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Ungkapan politik adalah persepsi seringkali dinyatakan oleh penganalisa politik dan pemain-pemain politik. Akan tetapi persepsi yang dilihat hanyalah persepsi manusia dan dalam masa sama menolak tepi persepsi atau neraca Allah ta'ala. Sabda Nabi SAW, "Carilah redha Allah sekalipun seluruh manusia tidak meredhai kamu"

Dan pesan terakhir dari sabda Nabi SAW, "Tidaklah tinggal pada suatu kaum itu sekiranya mereka meninggalkan jihad kecuali menjadi hina"

Tuan rumah, Ustaz Halim Arshad (Mantan SU Agung PAS Pusat)


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

UKJ Hulu Kelang cemerlang di Futsal Inter-UKJ Dewan Pemuda PAS Gombak

Tuesday, October 27, 2009, 0 comments

Ampang Sports Complex - UKJ Hulu Kelang berjaya mengungguli saingan di Kejohanan Futsal Inter-UKJ DUN anjuran Lajnah Sukan Dewan Pemuda PAS Gombak baru-baru ini.

Kejohanan yang melibatkan pasukan-pasukan DUN Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang serta pasukan daripada Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak ini disertai lebih 20 orang peserta.

Dengan objektif utama untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli Pemuda PAS Gombak, menjadi matlamat kejohanan ini juga untuk meningkatkan tahap stamina dan kesihatan tubuh badan para peserta sekelian.

Berikut adalah keputusan akhir kejohanan ini:
Juara : UKJ Hulu Kelang
Naib Juara : UKJ Gombak Setia
Ketiga : UKJ Batu Caves
Keempat : Exco DPPG


Para peserta bergambar sebelum perlawanan bermula

Aksi perlawanan dengan penuh semangat ukhuwwah

Perlawanan akhir antara Gombak Setia dan Hulu Kelang (bib kuning), diadili oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan

Ketua UKJ Hulu Kelang, Sdr Habib 'selamba' mengambil hadiah Juara Kejohanan

Keputusan akhir perlawanan...kehebatan UKJ Hulu Kelang (HK) tiada tandingan!!



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com