Mesyuarat Agung Tahunan UKJ Hulu Kelang 2011

Tuesday, March 22, 2011, 0 comments

Taman Sri Keramat - Satu Mesyuarat Agung Tahunan Peringkat UKJ Hulu Kelang 2011 telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Kehadiran adalah di kalangan ahli UKJ Hulu Kelang serta ahli Pemuda PAS Cawangan-cawangan di DUN Hulu Kelang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh saudara Azizul Abu Bakar, Timbalan Ketuan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Mohd Nadzim bagi menggantikan Ketua UKJ, saudara Habibullah yang tidak dapat hadir. Laporan tahunan aktiviti UKJ Hulu Kelang bagi tahun 2010-2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha dan Laporan Kewangan pula dibentangkan oleh Bendahari.

Kedua-dua laporan ini telah diteliti dan disemak oleh semua yang hadir dan persoalan-persoalan serta cadangan penambahbaikan telah diutarakan dan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak UKJ Hulu Kelang.

Lagi foto-foto menarik dan 'gempar' di sini

(gambar) Mesyuarat bermula

(gambar) Saudara Nadzim menyampaikan 'ucaptama'

(gambar) Saudara Sufi dari Permata bertanyakan soalan

(gambar) Saudara Ilham sedang memberikan penjelasan tentang Projek ILHAM

(gambar) 'Berpeluh' saudara Azali memberi 'justifikasi' tentang laporan kewangan

(gambar) Begitu teliti saudara Shahrul dari AU1 menyemak laporan

(gambar) Ketiadaan Ketua UKJ "dimanfaatkan sepenuhnya' untuk membuat percaturan..ops

(gambar) "...tahun ni kita tukar jawatan pula, Naib dan Timbalan kita switch.."

(gambar) Amanah mengisi borang pencalonan dilaksanakan sebaiknya!!

(gambar) Penghargaan kepada saudara Azizul di atas kehadiran


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011

Monday, March 21, 2011, 0 comments

(gambar) Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang merupakan acara tahunan

Ampang Sports Planet - Satu Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011 telah dilangsungkan di sini pada 12 Mac 2011 lepas. Program anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 ini diuruskan oleh Pemuda PAS DUN Hulu Kelang.

(gambar) Para peserta bergambar sebelum kejohanan bermula

Kejohanan ini dijalankan bersempena dengan Kempen Melawatiku Bersih, Indah dan Selamat yang sedang berjalan di bawah anjuran JKP MPAJ Zon 1. Kejohanan ini telah menerima penyertaan daripada 19 buah pasukan yang para pemainnya terdiri daripada para belia tempatan di DUN Hulu Kelang.

(gambar) Sebahagian aksi kejohanan

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Muslim Ismail, wakil daripada JKP MPAJ Zon 1 bagi menggantikan YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang dan Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Hj A. Yazid Alias yang terpaksa menghadiri majlis penyerahan kunci perumahan di Kg Kemensah Hilir.

Perjalanan kejohanan berjalan dengan baik dan lancar dari awal walaupun terdapat sedikit bantahan yang mengambil sedikit masa ketika kejohanan melangkah ke peringkat kalah mati.

(gambar) Finalis bersalaman dengan ADUN dan Ahli Majlis sebelum final berlangsung

Dan akhirnya pasukan dari Kelab Belia TDK (Taman Desa Keramat) dan Permata FC (Taman Permata) berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas mengetepikan saingan masing-masing. Dan selepas 15 minit perlawanan akhir berjalan, Kelab Belia TDK muncul juara Piala ADUN Hulu Kelang 2011, sekaligus mengekalkan kejuaraan yang mereka sandang pada tahun 2009.

(gambar) Kelab Belia TDK mempertahankan kejuaraan sekali lagi

Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Saari Sungib dan turut disertai oleh Ahli Majlis MPAJ merangkap Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Haji A. Yazid Alias.

Semoga dengan penganjuran kejohanan ini akan memberi peluang kepada para belia di Hulu Kelang untuk bersaing secara sihat di samping menambah kenalan dari segenap DUN Hulu Kelang.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com