UKJ Hulu Kelang tawan Janda Baik!!

Tuesday, July 28, 2009, 0 comments






Janda Baik - UKJ Hulu Kelang berjaya menamatkan perjalanan selama 2 hari 1 malam untuk menawan Janda Baik. Bagaimanapun Janda Baik di sini adalah Kg Janda Baik, Bentong, Pahang yang berjaya disempurnakan perjalanan dari Kg Kemensah, Hulu Kelang, Gombak, Selangor.

Ekspedisi 'Jungle Walk' ini disertai seramai 14 orang UKJ Hulu Kelang (termasuk seorang UKJ Batu Caves) dan ditemani oleh 3 orang pemandu arah dari Kg Orang Asli Kemensah. Perjalanan bermula pada jam 10pagi, Sabtu 25 Julai 2009 telah disempurnakan pelepasannya oleh ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib dan disaksikan bersama oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim.

Perjalanan pertama dari Kg Kemensah menuju ke Lubuk Tedung memakan masa hampir 3 jam dan melalui laluan-laluan motocross dan ATV yang mencabar dan berbukit. Di Lubuk Tedung, peserta berehat selama sejam untuk makan tengahari dan solat jama' Zohor dan Asar. Perjalanan kemudian disambung lagi sehingga jam 4.30 petang dan berhenti di satu tapak perkhemahan bersebelahan sebatang anak sungai.

Di sini peserta mendirikan khemah, menyalakan unggun api, memasak makan malam, bermandi-manda dan seterusnya berehat sebelum menyambung perjalanan pada keesokan hari. Di sini juga pemandu arah Orang Asli menunjukkan kehebatan mereka dalam ilmu-ilmu survival hutan ini apabila berjaya mengail lebih 20 ekor ikan sungai dalam masa tidak sampai 30 minit dengan menggunakan umpan buah pokok liar hutan.

Malam peserta diisi dengan zikir ma'thurat dan sedikit taujihat daripada Pengerusi Lajnah Tarbiyyah UKJ Hulu Kelang sebelum masing-masing melayan mimpi merehatkan badan di tengah-tengah hutan tebal. Menjelang Subuh kira-kira jam 5pagi, hujan turun dengan begitu lebat. Semua peserta yang masih tidur bergegas bangun untuk mengangkat pakaian-pakaian, kasut serta peralatan memasak daripada terkena hujan.

Sesudah solat Subuh, sebahagian peserta mengambil tugas untuk memasak makanan sarapan dan juga makanan tengahari dan sebahagian lagi mula berkemas untuk menyambung perjalanan berikutnya.

Selesai sarapan dan mengemas tapak perkhemahan, perjalanan hari kedua 26 Julai 2009 dimulakan pada jam 9.30 pagi. Perjalanan hari kedua ini lebih mencabar di mana hampir keseluruhan perjalanan adalah melibatkan pendakian. Dengan keadaan trek yang licin dan basah, serta kehadiran pacat yang menggigit peserta, perjalanan adalah amat menguji kekuatan fizikal dan mental peserta.

Tepat jam 12 tengahari, peserta berjaya tiba di batu tanda sempadan Selangor-Pahang. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah para peserta setelah melalui perjalanan yang memenatkan. Perjalanan selepas itu disambung sehingga kira-kira satu jam setengah lagi sebelum berhenti berehat di sebatang anak sungai untuk makan tengahari.

Perjalanan terakhir selepas berhenti rehat hanya melibatkan masa selama satu jam sebelum semua peserta selamat sampai di Kg Janda Baik, Pahang pada jam 3 petang. Setibanya di hentian terakhir ini, kedapatan peserta yang terbaring kepenatan, ada yang sibuk memeriksa kesan gigitan pacat di kaki masing-masing, ada juga yang terjun ke dalam sungai untuk melepaskan penat lelah setelah mengharungi perjalanan yang panjang dan mencabar.

Ekspedisi ini akhirnya ditamatkan pada jam 5.30 petang apabila bas tiba untuk mengangkut para peserta kembali ke Hulu Kelang dalam satu perjalanan yang memakan masa tidak sampai 30 minit!! Menurut Pengarah Projek merangkap Ketua UKJ Hulu Kelang, Saudara Ustaz Habibullah Abdullah, matlamat utama program ini untuk memberi pendedahan kepada para peserta kepada aktiviti rekreasi dan lasak di samping melihat ciptaan Allah di dalam hutan belantara ini sudah tercapai. Program-program lain seumpama ini akan menyusul lagi dalam perancangan UKJ Hulu Kelang.

Apapun, para peserta sebenarnya telah menambah satu lagi pencapaian/milestone sebagai seorang Pemuda Hulu Kelang terhadap pengalaman dan persekitaran di Hulu Kelang itu sendiri. Tahniah dan Syabas diucapkan!!


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Unit Amal Hulu Kelang membantu Gotong Royong ADUN dan Penduduk AU2

Friday, July 17, 2009, 0 comments




Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Sekitar Lawatan Pasukan Bolasepak Selangor Red Giant ke Padang Bolasepak AU2

, 0 comments

Amal Youth Club DPPG bersama -sama Jurulatih Selangor, K Devan



Selangor FC Road Tour, 1
11, Julai 2009
Padang MPAJ AU2,
Taman Sri Keramat, Hulu Kelang, Selangor,
Malaysia.

Sejajar usaha menarik lebih sokongan Selangor melaksanakan pendekatan baru dengan mendekati peminat mereka di seluruh negeri sambil mengadakan majlis ramah mesra bersama pemain.

Menerusi pendekatan itu, pengurusan Merah Kuning membawa skuad menjelajah ke seluruh daerah dan kawasan Parlimen negeri itu bagi memperkenalkan barisan pemain sambil mengadakan aktiviti yang boleh memupuk minat dan kecintaan terhadap pasukan itu.

Usaha mendekati peminat bukan saja dilihat sebagai langkah berkesan untuk menarik kehadiran penonton menyaksikan perlawanan skuad Merah Kuning tetapi yang lebih penting ialah tanda penghargaan terhadap sokongan mereka kepada skuad itu.

Biarpun sibuk dengan jadual latihan dan perlawanan yang ketat, skuad merah kuning tetap berusaha untuk menemui peminat di seluruh negeri. Langkah ini bukan saja menunjukkan penghargaan kepada mereka atas sokongan yang diberikan tetapi juga diharap mampu menarik lebih ramai ke stadium memberi sokongan setiap kali Selangor beraksi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, YB Tuan Haji Saari Sungib, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dato, Abdul Mokhtar Ahmad, Pengurus Pasukan, Zakaria Abdul Rahim, Ketua Jurulatih, K. Devan dan pemain skuad Merah Kuning.

Sempena kunjungan itu pengurusan skuad Selangor juga menghadiahkan tiket percuma kepada YB Adun Hulu Kelang, Tn. Hj. Saari Sungib untuk menyaksikan perlawanan antara Selangor menentang Persib Bandung dari Indonesia di Stadium Shah Alam pada 31 Julai 2009.

Dalam kunjungan ke Hulu Kelang, turut diadakan klinik bolasepak untuk kanak-kanak sekolah dan remaja di bawah bimbingan K. Devan dan para pemain

Sumber:


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Sekitar Sukan PASTI Gombak 2009

Wednesday, July 8, 2009, 0 comments

Perasmi: Yang Berbahgia En Mohd Radzi Yusof, Tim YDP PAS Gombak

Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi

Pgh Program SUKPA Zon Hulu kelang, Sdr Nadzim merangkap Timbalan Ketua UKJ Hulu kelang


SdrMuslim dan anaknya...

emmm...
Sumber
Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

UKJ Hulu Kelang dan LPN Gombak turun membantu membina rumah mangsa ribut di Kampung Fajar

, 0 comments

Kelihatan Ketua UKJ Hulu Kelang, sdr Habib sedang berbincang dengan Penyelaras Amal Gombak, sdr Mazali tentang gerakerja yang akan dilakukan






Turut membantu, ahli - ahli Kelab Penyokong Muda PAS Gombak


Hadir sama, YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang
Lain Capaian
Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com