Showing posts with label JPPA HK. Show all posts
Showing posts with label JPPA HK. Show all posts

Ceramah di AU3 dan Kaunter Pendaftaran Terus Dibuka

Friday, February 12, 2010, 0 comments


(gambar) Ustaz Idris Ahmad berceramah, di samping beliau ialah saudara Khairulfahmi dan YB Saari Sungib

AU3 - Satu ceramah bersempena Sambutan Maulidurrasul telah dianjurkan oleh cawangan di sini dengan menjemput Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Gombak, saudara Khairulfahmi itu turut dihadiri oleh ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib.

(gambar) YB Salahuddin Ayub sedang menyampaikan ceramah

Ustaz Idris Ahmad di dalam ceramah penerangannya banyak menampilkan bukti-bukti Umno menolak hukum Allah serta tidak membela Islam selama mereka memerintah negara ini. Isu kalimah Allah juga turut diperjelaskan di hadapan hadirin dan memberi perumpaan kepada pihak-pihak yang sibuk 'membela' penggunaan kalimah Allah tetapi menolak hukum Allah ini ibarat, "nak manis tapi taknak gula".

(gambar) Boleh juga berkenalan dengan tuan punya handphone tersebut...

YB Salahudin Ayub pula dengan tegas memberi penerangan kepada penduduk di AU3 tentang ancaman keselamatan negara apabila begitu banyak kes-kes melibatkan aspek keselamatan dan pertahanan negara didedahkan media. Antaranya isu enjit jet yang hilang, isu rahsia negara dan juga terkini isu kapal selam.

Walaubagaimanapun ceramah beliau terpaksa dihentikan awal apabila pihak penganjur majlis 'akur' dengan permintaan anggota polis cawangan khas untuk menghentikan ceramah itu lebih awal atas alasan mendapat bantahan penduduk sekitar dan ceramah tidak mempunyai permit. Hadirin pula seakan belum puas dengan ceramah tersebut meminta agar YB Salahuddin meneruskan ceramah beliau. Dan 10 minit selepas itu beliau menamatkan ceramahnya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

(gambar) Saudara Zaharin menjaga kaunter pendaftaran

Kaunter pendaftaran pemilih dan keahlian PAS yang diuruselia oleh UKJ Hulu Kelang pula terus menerima pendaftaran baru walaupun kehadiran pada malam itu tidak begitu besar, mungkin kerana terdapat satu lagi ceramah besar Pakatan Rakyat yang berlangsung di Batu Caves. Usaha ini akan terus digerakkan oleh UKJ Hulu Kelang bagi terus meningkatkan lagi pendaftaran pengundi baru serta keahlian PAS yang baru.



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kempen Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda PAS Gombak dan Ceramah Royalti Minyak Kelantan

Wednesday, December 16, 2009, 1 comments

(gambar) Kaunter dibuka di Pasar Malam Taman Melawati

HULU KELANG - UKJ Hulu Kelang serta Dewan Pemuda PAS Gombak telah membuka Kaunter Semakan dan Pendaftaran Pemilih dan Keahlian Pemuda PAS di Pasar Malam Taman Melawati baru-baru ini.

(gambar) Kaunter dilengkapi dengan semakan secara online

Kaunter tersebut yang pertama kali dibuka sejak pelancaran Kempen Keahlian Pemuda PAS Gombak sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat ramai pengunjung sama ada untuk mengenali dan mendaftar sebagai ahli PAS dan juga untuk menyemak dan mendaftar sebagai pemilih pilihanraya.

(gambar) Cenderamata kepada pendaftar baru dan pengunjung

(gambar) Walaupun diterangi lampu yg kecil, kaunter masih dikunjungi orang ramai

(gambar) Pidato Rakyat di Dewan MPAJ AU5

Pada hari berikutnya, dalam Ceramah Pidato Rakyat bertajuk "Antara Royalti dan Ehsan: Siapa Pengkhianat Bangsa" yang diadakan di Dewan MPAJ AU5, UKJ Hulu Kelang telah dipanggil bertugas menjaga keselamatan dan persiapan tempat dan sekaligus meneruskan siri Kempen Keahlian Pemuda PAS dan Semakan dan Pendaftaran Pemilih.

(gambar) Dewan penuh sesak dengan orang ramai

Pidato tersebut membariskan penceramah; YB Dato Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.

Kehadiran orang ramai amat menggalakkan sehingga dewan penuh sesak untuk mengikuti penjelasan terkini isu-isu semasa khususnya berkaitan isu Royalti Petroleum Kelantan. Turut disentuh adalah berkaitan isu-isu semasa di Selangor.

(gambar) Kaunter UKJ Hulu Kelang semasa program ceramah

Sementara kaunter Kempen Keahlian Pemuda PAS terus dikunjungi oleh orang ramai untuk mendaftar keahlian dan semakan daftar pemilih, Lajnah Dana dan Ekonomi UKJ Hulu Kelang pula mengambil kesempatan menambah dana dengan penjualan sardin Pertima yang dijual seperti pisang goreng panas, terutamanya apabila Ketua UKJ sendiri, saudara Habibullah yang melakukan jualan.

(gambar) Jualan Lajnah Dana dan Ekonomi laris...


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Menjejaki Pemuda Cawangan : Siri 2

Wednesday, November 18, 2009, 0 comments

LEMBAH KERAMAT AU5D - Siri pertemuan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) dan Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang bersama pemuda-pemuda cawangan diteruskan lagi dalam satu pertemuan yang diaturkan malam tadi.

Kali ini giliran pemuda cawangan Lembah Keramat, AU5D, Taman Permata dan AU4 untuk bertemu mata dan beramah mesra bersama kepimpinan DPPG. Kehadiran pemuda-pemuda cawangan terlibat dalam pertemuan ini agak memberangsangkan sebagai tanda gerakerja pemuda cawangan yang masih aktif di cawangan-cawangan tersebut.

Manakala pimpinan DPPG pula dihadiri oleh Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha dan Bendahari serta beberapa orang AJK lain. Dalam ucapannya, Ketua DPPG Ustaz Syarhan menekankan peri pentingnya berintima' dengan gerakan Islam iaitu PAS yang kini merupakan suatu kewajipan dan bukan lagi suatu pilihan.

Usaha pertemuan ini direncanakan oleh DPPG atas kesinambungan kempen Dewan Pemuda PAS Pusat, 'Orang Muda Geng Kita'. Bertitik tolak juga daripada pengalaman semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, beliau menginsafi betapa perlunya kekuatan Pemuda digembelingkan semaksima mungkin dan kekuatan ini bermula daripada peringkat cawangan.

Pertemuan ini berakhir dengan sesi soal-jawab dan kesempatan ini diambil oleh seorang pimpinan cawangan, Pak Nik Zid, Timbalan Ketua Cawangan Lembah Keramat untuk menyampaikan pandangan dan berkongsi pengalaman beliau bersama para pemuda serta pimpinan. Kelihatan Ketua DPPG, dan Ketua UKJ Hulu Kelang tekun mencatit pesanan, pandangan serta pengalaman yang disampaikan oleh orang yang berpengalaman ini.

Siri-siri pertemuan ini akan diadakan dalam masa terdekat sehingga seluruh pemuda cawangan di DUN Hulu Kelang berjaya dijejaki dan seterusnya kekuatan dan organisasi pemuda cawangan ini dapat disatukan.

(gambar) Sebahagian pemuda cawangan saiz XXL dalam pertemuan tersebut

(gambar) Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Habib berucap

(gambar) Ucapan oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi

(gambar) Sesi ta'aruf bersama pemuda cawangan

(gambar) Turut hadir Ketua Cawangan AU5D, Haji Abu Bakar Sahat




Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Menjejaki Pemuda Cawangan : Siri 1

Thursday, November 12, 2009, 0 comments

SG SERING - Satu pertemuan Majlis Ramah Mesra telah berlangsung di sini dengan pimpinan Dewan Pemuda PAS Gombak bersama UKJ Hulu Kelang telah bertemu pemuda-pemuda cawangan. Dalam usaha menjejak serta memperkasa jawatankuasa pemuda cawangan, usaha ini dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Dalam siri pertama ini, cawangan yang terlibat adalah dari Sg Sering, Ukay Perdana, Taman Al-Ridhuan, Kg Pasir dan Kemensah. Pertemuan berlangsung dalam suasana penuh harmoni dengan para pemuda cawangan didedahkan dengan gerakerja serta kepimpinan DPPG serta majlis ramah mesra dan berkenal-kenalan.

Menurut saudara Damanhuri selaku Setiausaha DPPG, niat untuk turun dan bertemu dengan pemuda-pemuda cawangan ini telah lama diusahakan namun tertangguh akibat kesibukan siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Beliau juga menekankan supaya usaha berterusan dilakukan bagi memberi kemenangan yang lebih besar kepada parti pada masa akan datang.

Manakala saudara Helmizan selaku Naib Ketua DPPG yang mewakili ketuanya dalam majlis ini menekankan peri pentingnya pertemuan tersebut bagi memperkasa keahlian DPPG serta memberi peluang kepada ahli mengenali pimpinan dan pimpinan untuk bertemu dengan ahli.

Walaupun lokasi Kg Sg Sering ini agak asing bagi sebahagian pimpinan DPPG dan juga ahli UKJ Hulu Kelang yg lain, namun inilah usaha pertama yg harus dirintis bagi mewujudkan hubungan di antara pihak UKJ dan DPPG dengan para pemuda cawangan ini.

(gambar) Sebahagian pemuda cawangan dalam majlis tersebut

(gambar) Khusyu' menonton tayangan multimedia

(gambar) Beramah mesra antara ahli dan pimpinan

(gambar) Saudara Habibullah, Ketua UKJ serta saudara Damanhuri, SU DPPG




Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Futsal Perpaduan Lajnah Perpaduan Nasional DUN Hulu Kelang 09

Wednesday, March 11, 2009, 0 comments

Saudara Muslim Ismail, Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat merangkap Pengerusi LPN DPP Gombak sedang memberi ucapan alu - aluan

Pelawanan persahabatan yang cukup sengit antara UKJ Hulu Kelang dan JK Penaja Kelab Penyokong Muda PAS DUN Hulu Kelang

Saudara Muslim yang tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan hamstring


Gambar bersama antara UKJ Hulu Kelang dan Kelab Penyokong Muda PAS DUN Hulu Kelang yang diketuai oleh Sdr Suren....Depan (kiri) : Kelihatan saydara Misri sarmon bersama adik angkatnya-Titus







Jabatan Pemerkasaan & Penambahan Ahli
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang










Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com