Showing posts with label Sekretariat. Show all posts
Showing posts with label Sekretariat. Show all posts

Mesyuarat Agung Tahunan UKJ Hulu Kelang 2011

Tuesday, March 22, 2011, 0 comments

Taman Sri Keramat - Satu Mesyuarat Agung Tahunan Peringkat UKJ Hulu Kelang 2011 telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Kehadiran adalah di kalangan ahli UKJ Hulu Kelang serta ahli Pemuda PAS Cawangan-cawangan di DUN Hulu Kelang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh saudara Azizul Abu Bakar, Timbalan Ketuan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Mohd Nadzim bagi menggantikan Ketua UKJ, saudara Habibullah yang tidak dapat hadir. Laporan tahunan aktiviti UKJ Hulu Kelang bagi tahun 2010-2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha dan Laporan Kewangan pula dibentangkan oleh Bendahari.

Kedua-dua laporan ini telah diteliti dan disemak oleh semua yang hadir dan persoalan-persoalan serta cadangan penambahbaikan telah diutarakan dan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak UKJ Hulu Kelang.

Lagi foto-foto menarik dan 'gempar' di sini

(gambar) Mesyuarat bermula

(gambar) Saudara Nadzim menyampaikan 'ucaptama'

(gambar) Saudara Sufi dari Permata bertanyakan soalan

(gambar) Saudara Ilham sedang memberikan penjelasan tentang Projek ILHAM

(gambar) 'Berpeluh' saudara Azali memberi 'justifikasi' tentang laporan kewangan

(gambar) Begitu teliti saudara Shahrul dari AU1 menyemak laporan

(gambar) Ketiadaan Ketua UKJ "dimanfaatkan sepenuhnya' untuk membuat percaturan..ops

(gambar) "...tahun ni kita tukar jawatan pula, Naib dan Timbalan kita switch.."

(gambar) Amanah mengisi borang pencalonan dilaksanakan sebaiknya!!

(gambar) Penghargaan kepada saudara Azizul di atas kehadiran


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Pemuda PAS Hulu Kelang sertai H30K di Kedah

Tuesday, February 22, 2011, 0 comments

Kedah - Pemuda PAS Hulu Kelang telah menyertai delegasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak ke Himpunan 30,000 (H30K) Pemuda PAS Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 19 Februari 2011 lalu.

Peserta dari Hulu Kelang adalah seramai 48 orang telah bersama-sama seluruh Pemuda PAS Malaysia dalam himpunan yang bersejarah ini. Pelbagai motivasi dan taujihat dari pimpinan PAS telah diterima dengan baik sebagai bekal menghadapi perjuangan khususnya dalam menghadapi PRU ke-13 yang akan datang nanti.


(gambar) Ketua UKJ, saudara Habib menyampaikan taklimat di dalam bas

(gambar) Kontijen Selangor antara yang menggegar di himpunan

(gambar) Semua istiqamah mendengar amanat pimpinan walau cuaca panas

(gambar) Naib Presiden PAS, Ustaz Dato Tuan Ibrahim menyampaikan pidato

(gambar) Artis Bob Lokman yang menyertai PAS hari itu sedang berceloteh dengan peserta himpunan



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Penghargaan Buat Ansor dan Lantikan UKJ Hulu Kelang

Tuesday, July 6, 2010, 1 comments

Satu majlis diadakan pada waktu usrah mingguan UKJ Hulu Kelang di MTD Hulu Kelang semalam sempena merai dan merakamkan penghargaan kepada beberapa orang sahabat-sahabat 'Ansor' dari 'Perak' yang telah memberi sumbangan dan khidmat bantuan kepada gerakerja UKJ Hulu Kelang selama hampir 8 bulan mereka berada di sini.

Penghargaan disampaikan oleh naqib usrah, Ustaz Imran kepada 5 orang sahabat 'Ansor' ini. Dan seterusnya surat-surat lantikan sebagai AJK UKJ Hulu Kelang telah disampaikan oleh Naib Ketua DPP Gombak, saudara Helmizan Abdul Karim kepada saf kepimpinan UKJ Hulu Kelang yang melalui sedikit penstrukturan semula baru-baru ini.

Diucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat 'Ansor' ini dan diharapkan sudi untuk kembali lagi dan berkhidmat di Hulu Kelang selepas ini. Juga kepada kepimpinan UKJ untuk terus menggiatkan perancangan dan gerakerja bagi terus menyemarakkan lagi perjuangan suci ini.

(gambar) Sekitar majlis usrah

(gambar) Surat lantikan kepada Ketua UKJ, saudara Habib

(gambar) Surat lantikan kepada Timb. Ketua UKJ, saudara Nadzim

(gambar) Surat lantikan kepada Setiausaha UKJ, saudara Zaharin

(gambar) Surat lantikan kepada Bendahari UKJ, saudara Azali

(gambar) Surat lantikan kepada PKKM & LPN UKJ, saudara Muthanna

(gambar) Surat lantikan kepada Lajnah Politik & Pilihanray UKJ, saudara Ilham

(gambar) Surat lantikan kepada DACS UKJ, saudara Aafif

(gambar) Surat lantikan kepada Lajnah Dana & Ekonomi UKJ, saudara Najmuddin

(gambar) Jamuan



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

UKJ Hulu Kelang Merancang Aktiviti Tahunan Part 1

Friday, February 19, 2010, 0 comments

(gambar) Perbincangan serius berjalan dalam kumpulan utama perbincangan

KERAMAT AU2A - Bengkel Perancangan Plan Strategi UKJ Hulu Kelang Fasa Pertama berjalan baik di sini semalam. Bengkel yang dikendalikan oleh Setiausaha UKJ, saudara Zaharin Abd Wahab telah menggariskan beberapa fokus kerja UKJ serta membincangkan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2010 ini.


(gambar) Kehadiran AJK dan ahli UKJ

Perbincangan ini akan bersambung ke Fasa Kedua bagi menentukan ukuran keberkesanan dan seterusnya memutuskan program-program dan fokus kerja UKJ sepanjang tahun 2010 ini. Dengan semangat awal tahun, AJK UKJ yang turut disokong oleh ahli UKJ yang hadir dalam perbincangan ini kelihatan sangat bersemangat untuk merencana program terbaik.

(gambar) Kumpulan yang paling cemerlang siap paling awal...


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Menjejaki Pemuda Cawangan : Siri 3

Thursday, December 17, 2009, 0 comments

SRI KERAMAT AU 2A - Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) dan Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang meneruskan lagi siri pertemuan dan ramah mesra bersama pemuda-pemuda cawangan di Dewan Pusat Khidmat Komuniti AU2 malam tadi.

(gambar) "Ini je had ketinggian kalau nak jadi Ketua Pemuda Hulu Klang", mungkin itu ujar saudara Habib

(gambar) Sebahagian pemuda cawangan yang hadir

Siri ketiga pertemuan ini melibatkan pemuda-pemuda cawangan Flat UTM, AU3, Sepakat, AU1, AU1A, AU2 dan Bukit Baru. Pertemuan kali ini agak istimewa kerana kebanyakan pemuda cawangan yang hadir adalah pemuda-pemuda yang baru dan jarang ditemui di kebanyakan program Pemuda Gombak mahupun program Pemuda Hulu Kelang sebelum ini.

(gambar) Saudara Azizul, Timb Ketua DPPG menyampaikan ucapan

Manakala pimpinan DPPG pula dihadiri oleh Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha dan Bendahari serta beberapa orang AJK lain. Setiausaha dan Timbalan Ketua Pemuda dalam ucapan masing-masing menyatakan kepentingan kekuatan pemuda cawangan digembeling sepenuhnya di samping menyeru pemuda cawangan untuk menghadiri program-program di peringkat kawasan dan DUN.

(gambar) Hadirin teruja melihat aktiviti 'perang' UKJ Hulu Kelang

Dalam sesi taaruf pula, semua AJK DPPG dan UKJ Hulu Kelang dan pemuda cawangan yang hadir dikejutkan dengan perkongsian kisah seorang pemuda cawangan yang mula terlibat dalam politik tanahair ini semasa zaman Reformasi 1998. Oleh kerana terlalu aktif pada ketika itu yang umurnya masih di bangku sekolah, beliau hampir dikenakan tindakan buang sekolah. Namun setelah berunding dengan pihak sekolah, beliau telah dikenakan hukuman minima sebat sebanyak 3 kali setiap hari selama seminggu.

(gambar) Ustaz Syarhan, Ketua DPPG menyampaikan ucapan penutup

Dan pesan akhir daripada seorang veteran pemuda AU2 setelah melihat tayangan multimedia yang disediakan urusetia, katanya "berjuang memang susah dan pahit, tapi itulah yang perlu untuk mendapatkan syurga yang manis"

(gambar) Pengalaman pemuda ini disebat selama seminggu di sekolah atas kesalahan menyokong pembangkang


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Sekitar Mesyuarat Tahunan UKJ Hulu Kelang, Apr 2 2009

Friday, April 3, 2009, 0 comments

Mesyuarat Agung Tahunan UKJ Hulu Kelang dirasmikan oleh Sdr Khairul Fahmi, Timbalan Ketua Pemuda DPPK Gombak. Antaranya beliau menyeru semua pemuda khasnya di Hulu Kelang supaya sentiasa memperkasakan gerakan kepemudaan dan juga memberi tumpuan dan komitmen yang tinggi kepada semua program - program yang dirancang oleh pihak UKJ.

Penasihat dan merangkap Naqib Usrah UKJ Hulu Kelang, Ustaz Farhan

Ketua UKJ Hulu Kelang, Sdr Idham (2 dari kanan) sedang mempengerusikan AGM

Undian Saf kepimpinan DPPG sesi 2009 - 2011 sedang dijalankan

Unit Sekretariat
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Manual Pengendalian Mesyuarat

Tuesday, February 24, 2009, 0 comments

MANUAL PENGENDALIAN MESYUARAT

Mesyuarat merupakan suatu amalan penting dalam mana-mana organisasi yang aktif dan cemerlang. Bagaimanapun ini tidak bermakna, mesyuarat perlu diadakan dengan kerap. Kekerapan mesyuarat biasanya ditentukan oleh undang-undang tubuh atau perlembagaan organisasi yang menyebut bilangan minima mesyuarat yang perlu diadakan pada setiap tahun.

1. Mesyuarat Mingguan

Apabila organisasi menjadi semakin besar, bilangan ahli semakin ramai dan organisasi mempunyai pekerja tetap, maka mesyuarat mingguan biasanya elok diadakan oleh pihak pengurusan tertinggi bagi membincangkan hal ehwal pengurusan dan perjalanan organisasi.

2. Mesyuarat Bulanan atau berkala

Mesyuarat ini lazimnya diadakan dengan ahli-ahli organisasi bagi menyampaikan maklumat, merancang program, membuat keputusan, mendapatkan pandangan ahli dan menggerakkan organisasi.


3. Fungsi Mesyuarat

1. Memastikan matlamat, polisi dan halatuju organisasi tercapai.
2. Merancang sesuatu, membuat keputusan dan mengambil tindakan segera.
3. Mewujudkan kesatuan fikrah danamalan dalam organisasi.
4. Memantapkan ikatan persaudaraan ahli-ahli:kerjasama, rasa kekitaan,
5.Membuat keputusan bersama.
6.Menilai kekuatan dan kelemahan organisasi dari masa ke semasa.

4. Persediaan Mengadakan Mesyuarat

1. Setiausaha PAS hendaklah mengedarkan notis panggilan iaitu 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Bagi mesyuarat-mesyuarat yang dicatatkan di dalam perlembagaan atau manual organisasi, khususnya mesyuarat tahunan atau bulanan, notis panggilan mesyuarat hendaklah diedarkan sekurang-kurang seminggu sebelum mesyuarat diadakan.
2. Notis panggilan mesyuarat hendaklah memberikan maklumat lengkap mengenai tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan. Disamping itu, notis tersebut hendaklah sertakan bersama agenda mesyuarat supaya ahli boleh membuat persediaan lebih awal untuk mengikuti mesyuarat dengan lebih aktif dan bertanggungjawab.
3. Notis panggilan mesyuarat harus mengingatkan ahli supaya membawa notis panggilan mesyuarat, agenda mesyuarat, minit mesyuarat yang diedarkan serta dokumen penting atau kertaskerja yang diperlukan untuk mesyuarat.
4. Keputusan untuk menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat harus mengambilkira kemudahan untuk ahli hadir.
5. Persediaan lain termasuklah pembesar suara, makanan dan minuman, dokumen untuk edaran di mesyuarat dan kebersihan tempat mesyuarat yang harus diberi perhatian.

5. Peranan dan Tanggungjawab Pengerusi

1. Mengalu-alukan kehadiran, ucap syukur dan terima kasih.
2. Memberi kata-kata aluan atau pengumuman penting/perlu.
3. Menentukan objektif mesyuarat.
4. Merujuk kepada agenda mesyuarat yang ditetapkan.
5. Menjemput ahli membentangkan sesuatu kertas jika ada.
6. Mempelawa ahli memberi pandangan.
7. Memberi ingatan terhadap tindakan yang perlu diambil.
8. Merumuskan perbincangan.
9. Menunjukkan sikap toleransi, peka, bersedia mendengar, tidak pilih kasih, bertimbangrasa,
kerjasama tetapi tegas.
10.Mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum menutup mesyuarat.

6. Ciri-ciri Mesyuarat Yang Baik

1. Perjalanan mesyuarat mengikut agenda yang berstruktur.
2. Perbincangan berfokus dan tidak menyimpang atau meleret-leret.
3. Pengesahan minit mesyuarat hanya dibuat oleh ahli yang hadir pada mesyuarat lalu dan bukan pemerhati.
4. Masa diberikan dengan baik bagi membincangkan semua agenda. Tempoh masa perbincangan Hal-hal lain tidak harus lebih panjang dari tempoh masa perbincangan agenda-agenda penting yang lain. Hal-hal lain bukanlah agenda penting tetapi sekadar makluman dan perbincangan segera.
5. Sekiranya tempoh masa mesyuarat telah tamat dan agenda masih belum dapat diselesaikan, maka Pengerusi boleh memberhentikan mesyuarat dan memanggil satu perjumpaan khas bagi membincangkan agenda yang boleh dianggap amat penting.
6. Mesyuarat berjalan lancar, harmoni dan hampir kesemua ahli berpuashati di akhir mesyuarat.
7. Tidak berlaku “ mesyuarat-dalam-mesyuarat” sindrom bisu dan pasif.
8. Mesyuarat tamat dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Selepas Mesyuarat

1. Peringatan diedarkan kepada ahli berkenaan untuk tindakan susulan segera. Minit mesyuarat disediakan oleh Setiausaha, disemak oleh Pengerusi dan diedarkan kepada ahli seminggu selepas mesyuarat.
2. Semua Minit mesyuarat adalah RAHSIA parti.

8. Penyediaan Minit Mesyuarat

1. Minit Mesyuarat adalah suatu dokumen yang amat penting yang merekodkan perbincangan dan keputusan yang diambil oleh sesebuah organisasi dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat sering dijadikan bahan rujukan samada bagi tindakan susulan dan keperluan masa depan bagi sesuatu organisasi dan mereka-mereka yang memerlukan termasuklah pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Polis dan M ahkamah. Oleh itu, setiap minit mesyuarat hendaklah dicatat dengan jelas, bersistematik dan tepat serta dipelihara dengan baik.
2. Bagi sesuatu mesyuarat biasa, cukup sekadar seorang pencatat sahaja, pada kebiasaannya setiausaha, bagi mencatitkan perbincangan mesyuarat. Bagi Mesyuarat Agung pula, pada lazimnya dua orang pencatat minit mesyuarat akan dilantik bagi merekodkan pelbagai perkara penting yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut yang melibatkan kehadairan ramai.

3. Setiap perkara perbincangan boleh dicatatkan mengikut kategori di bawah, jika perlu:
a. Mesyuarat mengambil ingatan
b. Mesyuarat bersetuju mengambil keputusan
c. Mesyuarat bersetuju meluluskan
d. Mesyuarat bersetuju sebulat suara

Diolah dari Manual Setiausaha UKJ DPP Gombak 09

UNIT SEKRETARIAT
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com