Showing posts with label belia. Show all posts
Showing posts with label belia. Show all posts

Meninjau Keadaan Padang Bola AU3

Thursday, February 24, 2011, 0 comments

AU3 - Pemuda PAS Hulu Kelang meneruskan langkah susulan selepas pertemuan dengan Kelab Sukan AU3 tempoh hari dengan meninjau keadaan padang bola AU3. Keadaan padang bola ini menjadi permasalahan utama yang dibangkitkan oleh Kelab Sukan AU3 dalam pertemuan tempoh hari.

Justeru beberapa orang AJK UKJ diketuai Setiausaha UKJ, saudara Zaharin dan Pengerusi DACS UKJ Hulu Kelang, saudara Aafif dan wakil Pemuda PAS AU3 (yang juga AJK UKJ), saudara Ilham telah melihat dan meninjau sendiri keadaan padang tersebut.

Selepas tinjauan ini, UKJ Hulu Kelang akan mengadakan satu pertemuan dengan pihak Ahli Majlis MPAJ bagi kawasan ini. Semoga usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh UKJ ini akan membuahkan hasil dan penyelesaian terhadap permasalahan ini.

(gambar) Saudara Zaharin merasa mata air panas yang telah dialihkan dari tengah padang

(gambar) Di hadapan papan tanda padang bolasepak yang diurus oleh MPAJ

(gambar) Keadaan padang

(gambar) Struktur padang yang tidak rata dan rumput yang tumbuh tidak seragam

(gambar) Sedikit gambaran keadaan padang

(gambar) Keadaan rumput padang yang 'berbukit-bukit' yang nyata tidak selamat digunakan


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Engangement dengan Kelab Sukan AU3

Monday, February 14, 2011, 0 comments

(gambar) Pertemuan ukhuwah antara Pemuda PAS Hulu Kelang dengan Kelab Sukan AU3

AU3 - UKJ Hulu Kelang telah mengambil inisiatif untuk menyahut seruan "Orang Muda Geng Kita" dengan mengadakan satu pertemuan ukhuwah dengan Kelab Sukan AU3 di sebuah kedai makan di Taman Sepakat, AU3.

Pertemuan pertama ini telah diketuai oleh Ketua UKJ sendiri, saudara Habibullah dengan disertai bersama 3 orang AJK UKJ Hulu Kelang. Sementara pihak Kelab Sukan AU3 pula dengan berbesar hati menyambut pertemuan ini dengan disertai oleh Penasihat, Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari serta beberapa orang AJK kelab.

Selain beramah mesra dan berkenal-kenalan, pertemuan ini turut diisi dengan perbincangan tentang permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab ini sama ada dari aspek pengurusan, kemudahan mahupun perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama antara Pemuda PAS Hulu Kelang dengan pihak Kelab Sukan AU3.

Dalam usaha 'engangement' ini, pihak Pemuda PAS Hulu Kelang sedaya upaya akan membantu beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab untuk diselesaikan melalui hubungan dengan pihak-pihak yang berkenaan seperti Ahli Majlis, MPAJ mahupun pihak ADUN Hulu Kelang sendiri.

Di akhir pertemuan, pihak Pemuda PAS Hulu Kelang memberi komitmen untuk membantu sebagai pemudahcara bagi pihak kelab menyelesaikan beberapa permasalahan yang berbangkit. Sementara pihak kelab pula menghargai usaha yang diambil oleh Pemuda PAS Hulu Kelang untuk mengadakan pertemuan ini dan seterusnya juga sedia bekerjasama dalam agenda membangunkan belia-belia di Hulu Kelang khususnya di kawasan AU3.

(gambar) Cenderahati kenangan berupa bolasepak Nike T90 Premier League disampaikan oleh saudara Habib kepada Presiden Kelab Sukan AU3, Haji Mohammad



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Futsal Ukhuwwah dengan Pemuda Cawangan Sg Sering

Friday, February 11, 2011, 0 comments

(gambar) Kapten pasukan UKJ, Haji Najmuddin menjaga gawang dengan tekun

Ampang - UKJ Hulu Kelang telah mengambil inisiatif membina hubungan dengan anak-anak muda di dalam DUN Hulu Kelang melalui aktiviti futsal. Usaha ini dilaksanakan dengan menganjurkan perlawanan futsal ukhuwah bersama para Pemuda Cawangan Sg Sering dan juga anak-anak tempatan di Kg Sg Sering, Hulu Kelang.

(gambar) Sebahagian yang berada di dalam gelanggang futsal

Seramai hampir 20 orang anak muda telah terlibat dalam riadhah ini di samping beberapa orang ahli UKJ Hulu Kelang sendiri telah bermain bersama dan beramah mesra bersama mereka.

(gambar) Pemuda cawangan Sg Sering

Usaha ini juga dilakukan bagi memberi perspektif baru kepada anak-anak muda ini bahawa Pemuda PAS juga sentiasa menyokong aktiviti kesukanan di samping merapatkan hubungan di antara mereka dan juga dengan ahli Pemuda Cawangan sendiri.

(gambar) Taklimat selepas selesai bersukan

Dalam ucapan ketika tamat sesi pertama tahun 2011 ini, wakil UKJ Hulu Kelang memaklumkan beberapa perancangan UKJ Hulu Kelang khususnya untuk menganjurkan pertandingan futsal, bolasepak 9 sebelah dan lain-lain lagi khusus bagi membangunkan golongan belia di dalam DUN Hulu Kelang. Wakil Pemuda Cawangan pula mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap lebih banyak lagi aktiviti seumpama itu dijalankan untuk merapatkan hubungan sesama ahli.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kejohanan Paintball Piala ADUN Hulu Kelang 2010

Thursday, May 20, 2010, 0 comments


Team UKJ Hulu kelang sedang mengatur strategi..



Captain Muhaimin dari Pasukan UKJ Gombak Setia



Keramat AU2A - Kejohanan Paintball DUN Hulu Kelang anjuran Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS, DACS dan UKYC telah berjaya diadakan. Tidak seperti anjuran kali pertama pada tahun 2008 di mana acara diadakan di lokasi gelanggang paintball, kali ini sukan lasak ini dibawa ke padang awam MPAJ di Keramat AU2A. Sebanyak 15 pasukan telah menyertai kejohanan yang bermula pada pukul 9:30 pagi dan berakhir tepat pukul 5:30 ptg itu. Waktu makan dan solat zuhur adalah antara pukul 1:00 tghari - 2:00 ptg


Lajnah Penerangan, Informasi & KomunikasiUnit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com