Futsal Ukhuwwah dengan Pemuda Cawangan Sg Sering

Friday, February 11, 2011,

(gambar) Kapten pasukan UKJ, Haji Najmuddin menjaga gawang dengan tekun

Ampang - UKJ Hulu Kelang telah mengambil inisiatif membina hubungan dengan anak-anak muda di dalam DUN Hulu Kelang melalui aktiviti futsal. Usaha ini dilaksanakan dengan menganjurkan perlawanan futsal ukhuwah bersama para Pemuda Cawangan Sg Sering dan juga anak-anak tempatan di Kg Sg Sering, Hulu Kelang.

(gambar) Sebahagian yang berada di dalam gelanggang futsal

Seramai hampir 20 orang anak muda telah terlibat dalam riadhah ini di samping beberapa orang ahli UKJ Hulu Kelang sendiri telah bermain bersama dan beramah mesra bersama mereka.

(gambar) Pemuda cawangan Sg Sering

Usaha ini juga dilakukan bagi memberi perspektif baru kepada anak-anak muda ini bahawa Pemuda PAS juga sentiasa menyokong aktiviti kesukanan di samping merapatkan hubungan di antara mereka dan juga dengan ahli Pemuda Cawangan sendiri.

(gambar) Taklimat selepas selesai bersukan

Dalam ucapan ketika tamat sesi pertama tahun 2011 ini, wakil UKJ Hulu Kelang memaklumkan beberapa perancangan UKJ Hulu Kelang khususnya untuk menganjurkan pertandingan futsal, bolasepak 9 sebelah dan lain-lain lagi khusus bagi membangunkan golongan belia di dalam DUN Hulu Kelang. Wakil Pemuda Cawangan pula mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap lebih banyak lagi aktiviti seumpama itu dijalankan untuk merapatkan hubungan sesama ahli.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com