Usrah Gabungan - Istiqamah Mendepani Cabaran oleh Ustaz Nor Azli Musa @ Toliban

Wednesday, January 27, 2010, 0 comments

GOMBAK SETIA - Penyampaian Usrah Gabungan Pemuda PAS Gombak yang diadakan di sini menampilkan bekas Exco DPPP, Ustaz Nor Azli Musa atau lebih terkenal dengan panggilan 'Toliban'. Dengan penuh semangat, beliau yang juga Pengurus Bolasepak Pasukan Liga Super Perak menyampaikan tajuk Istiqamah Mendepani Cabaran. Berikut catatan ringkasan penyampaian tersebut:

  • Pemuda adalah golongan yang melakukan perubahan seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Fathi Yakan dalam kitabnya As-Syabab wa Taghyir
  • Sikap pemuda yang berfikir selapis sahaja
  • Kisah sahabat Khabbab Al-Arat yang diseksa semata-mata mempertahankan keimanannya. Dibakar tujuh biji batu-bata sehingga menyala merah bata itu dan dibaringkan Khabbab di atas batu tersebut. Kesan seksaan tersebut kekal dengan tujuh buah lubang di belakang badan Khabbab. Dengan seksaan tersebut, Khabbab memohon Rasulullah SAW untuk mendoakan kemenangan Islam, lantas Nabi menjawab, "kamu golongan musta'jil (gopoh mendapat kemenangan)"
  • Aqidah perjuangan perlu mantap dan berakar umbi dalam jiwa pemuda, ia yang akan menentukan walau sehebat mana ujian, pemuda akan terus istiqamah kerana hanya Allah yang ditakuti
  • Nabi berpesan, "Iman dan perasaan takut tidak akan berada dalam satu jiwa". Justeru jika kita golongan beriman, nyahkan perasaan takut dalam diri
  • Qiyamullail adalah satu senjata yang paling ampuh. Ia mempunyai kekuatan tersendiri yang ibarat menyuntik satu 'tonik' kekuatan dalam jiwa pejuang. Jadilah seperti "rahib di tengah malam dan singa di siang hari"
  • Setiap individu menyumbang dan beramal dengan kepakarannya kerana nilaiannya sama di sisi Allah
  • Kata Amru Al-As apabila diutus oleh Saidina Abu Bakar ke satu medan peperangan, "Aku adalah anak-anak panah Islam, lontarlah aku ke mana sahaja, akan aku tuju dan patuh"
  • Nabi SAW berpesan, "Aku perintahkan kamu lima perkara sebagaimana Allah memerintahkanku;
1) Duduk bersama jamaah
2) Dengar dan patuh kepada pimpinan
3) Taat kepada pimpinan
4) Berhijrah apabila sampai masa dan keperluan
5) Berjihad di jalan Allah
Sesiapa yang meninggalkan jamaah ini walau hanya sejengkal, akan terungkai iman dari leher kamu"





Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Usrah Amal 2010 Dilancarkan

Monday, January 25, 2010, 0 comments

TASIK TITIWANGSA - Program Usrah Amal untuk remaja di DUN Hulu Kelang dilancarkan semula bagi tahun 2010. Program yang telah berlangsung bermula tahun 2009 diteruskan lagi pada tahun ini dengan sasaran penambahan beberapa kumpulan usrah lagi.

(gambar) Saudara Habib sedang mengendalikan sesi taaruf kumpulan beliau

Seramai lebih 20 orang para remaja telah menghadiri program pelancaran ini yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Manakala ahli-ahli UKJ Hulu Kelang yang terlibat pula adalah yang bertanggungjawab terus terhadap ahli-ahli Usrah Amal ini.

(gambar) Aktiviti main bolasepak sedang dijalankan

Dalam tempoh setahun lepas, terdapat 3 kumpulan Usrah Amal yang aktif menjalankan kegiatan usrah masing-masing dengan naqib usrah yang dipertanggungjawabkan. Jumlah daripada 3 kumpulan ini adalah sekitar 20 orang. Walaubagaimanapun sasaran kumpulan Usrah Amal pada tahun ini adalah untuk menambah keahlian ke dalam kumpulan usrah sedia ada dan juga menambah kumpulan Usrah Amal yang baru serta mengaktifkan semula beberapa kumpulan usrah yang tidak bergerak sebelum ini.

(gambar) Bersedia dan tidak sabar untuk menjadi seorang ayah...

Menurut Pengarah program, saudara Helmizan Abdul Karim, sasaran yang diletakkan adalah realistik berdasarkan pengalaman setahun lepas dalam mengendalikan program Usrah Amal ini. Dengan keterikatan antara ahli Usrah Amal dengan naqib-naqib bertanggungjawab, penglibatan ahli-ahli Usrah Amal dengan program-program pada masa akan datang akan dapat diteruskan.

(gambar) Ustaz Syarhan menyampaikan ucapan penutup

Selain itu pelaksanaan Usrah Amal ini dilihat satu usaha penting Pemuda dalam mendekati golongan remaja dan seterusnya memberi bimbingan secara berterusan kepada mereka agar terus menghayati dan mengamal cara hidup dan akhlak Islam yang sebenarnya. Mudah-mudahan usaha ini akan berpanjangan dan lebih banyak lagi kumpulan Usrah Amal dapat diwujudkan dengan kesediaan lebih ramai lagi ahli UKJ Hulu Kelang khususnya untuk mendampingi dan membimbing adik-adik remaja ini.

(gambar) Menikmati makan tengahari selepas penat bermain bolasepak

Lago foto menarik di sini


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Usrah Gabungan - Maal Hijrah:Pemuda Pemacu Perubahan oleh Ustaz Sallehuddin Nasir

Tuesday, January 12, 2010, 0 comments

HULU KELANG - Sekitar penyampaian taujihat oleh Ustaz Sallehuddin Nasir, YDP PAS Gombak di Majlis Usrah Gabungan Pemuda Gombak di Taman Permata bertajuk Maal Hijrah : Pemuda Pemacu Perubahan baru-baru ini:-

  • Mengejar dunia ibarat mengejar seekor rusa. Jangan dikejar kerana takkan dapat ditangkap
  • Dunia ada di sekeliling kita, ambil bahagian-bahagian tertentu
  • Nikmat dunia takkan puas, seperti orang dahaga yang minum air laut
  • Dunia selalu menipu kerana dunia ibarat ruas tebu. Batang tebu nampak panjang tetapi ia hanya keinginan, hakikatnya yang dapat hanyalah satu ruas sahaja


  • Jangan membaca blog lebih daripada kita membaca Al-Quran
  • Jadilah pemuda yang dewasa berpolitik
  • Pesan Dr Aidh Abdullah Al-Qurni: "Jangan turutkan nafsu, diberi sedikit pun, nafsu akan redha. Mujahadahlah"





Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Retreat DPPG Bincang Perancangan Tahun 2010

Monday, January 11, 2010, 0 comments

ULU YAM - Satu program Retreat Dewan Pemuda PAS Gombak serta UKJ-UKJ DUN Batu Caves, Gonbak Setia dan Hulu Kelang tahun 2010 telah diadakan di sini. Program melibatkan hampir 50 orang peserta ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam.

(gambar) Khusyu' mendengar pandangan Setiausaha UKJ Hulu Kelang, saudara Zaharin

Peserta yang terlibat di dalam program ini adalah Ahli-ahli Exco DPPG dan juga AJK-AJK UKJ setiap DUN yang turut dipanggil untuk membentuk pasukan fokus kerja perbincangan dalam program ini.

(gambar) Timb. Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Nadzim sedang membuat pembentangan

Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menggariskan fokus kerja dan objektif DPPG sepanjang tahun 2010 ini dan sekaligus menetapkan taqwim aktiviti sepanjang tahun 2010. Di samping itu, kelemahan-kelemahan dan muhasabah turut dilakukan terhadap perancangan aktiviti sepanjang tahun 2009 lalu.

(gambar) Bersendirian menikmati sarapan pagi di kala matahari tegak berdiri

Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi dalam ucapan penutupnya menegaskan peri pentingnya perbincangan dan perancangan ini dilakukan supaya gerakerja DPPG dan UKJ-UKJ DUN dilaksanakan mengikut objektif dan fokus kerja supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

(gambar) Kepenatan yang amat setelah memerah otak sehari suntuk

Di akhir program, satu garis panduan kerja bagi DPPG dan UKJ DUN berjaya dihasilkan serta taqwim aktiviti tahun 2010 berjaya dikeluarkan. Adalah menjadi harapan yang tinggi agar segala perancangan yang telah dibincangkan ini akan dapat dicapai sepanjang tahun 2010 ini dan menjadikan aktiviti DPPG khususnya di DUN Hulu Kelang ini lebih cemerlang berbanding tahun 2009, Insya-Allah

(gambar) Perbincangan 'rahsia' DUN Hulu Kelang


Lagi foto menarik di sini


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Ziarah Kasih Ambang 2010 di KLCC

Monday, January 4, 2010, 0 comments

KLCC - UKJ Hulu Kelang dan Dewan Pemuda PAS Gombak telah turut sama menyertai program Ziarah Kasih Ambang 2010 anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan DPP Wilayah Persekutuan di sekitar KLCC pada malam ambang tahun baru 2010 lalu.

(gambar) Risalah yang diedarkan

(gambar) Ucapan aluan serta taklimat daripada Ketua DPPP

Program ini diketuai oleh Ustaz Haji Nasruddin Hasan Tantawi, Ketua DPPP serta saudara Kamaruzzaman Mohamad, SU DPPP. Bermula jam 11 malam, para peserta program telah dibahagikan mengikut beberapa kumpulan kecil dan diberi lokasi sasaran.

(gambar) Aktivis dakwah Pemuda

(gambar) Orang ramai di perkarangan KLCC

Dalam taklimatnya, Ustaz Nasruddin menekankan kepada pendekatan menyapa dan menegur muda-mudi serta orang ramai yang berada di perkarangan KLCC tersebut dan penting kepada semua aktivis untuk tidak hanya sekadar mengedar risalah yang disediakan, kerana bukanlah matlamat program pada malam itu untuk menghabiskan keseluruhan risalah yang diedarkan.

(gambar) Asyik merakam sebaik detik 2010 tiba

Menyahut seruan tersebut, maka risalah yang berada di tangan ahli-ahli UKJ yang terlibat dalam program malam itu masih berbaki dan dapat dibawa balik ke Hulu Kelang!!


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com