Showing posts with label Smart Solat. Show all posts
Showing posts with label Smart Solat. Show all posts

Smart Solat Siri 3/2010 di Surau Al-Hidayah AU1B

Monday, July 19, 2010, 0 comments

(gambar) Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hafiz Bad

Keramat AU1B - UKJ Hulu Kelang melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang meneruskan lagi siri program Bengkel Kesempurnaan Solat "Smart Solat" bagi Siri ke-3 tahun 2010 diadakan di Surau Al-Hidayah pada 17 Julai 2010 lalu.

(gambar) YB Haji Saari Sungib menyampaikan ucapan perasmian

(gambar) Peserta kanak-kanak lelaki berdisiplin menikmati makan tengahari


Program kali ini mensasarkan anak-anak penduduk di sekitar perumahan Taman Keramat AU1B serta perumahan pangsa PKNS AU1B yang merupakan anak kariah Surau Al-Hidayah. Dan seramai 52 orang peserta telah mendaftarkan untuk program ini.

(gambar) Peserta kanak-kanak perempuan menikmati makanan tengahari

(gambar) Saudara Zaharin bertungkus lumus menyiapkan sijil penyertaan peserta


Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang yang telah memberi galakan dan sokongan penuh terhadap usaha-usaha pendidikan agama khususnya berkenaan kesempurnaan solat kepada masyarakat khususnya anak-anak.

(gambar) Sesi latihan dalam kumpulan selepas solat Zohor

(gambar) Sesi praktikal solat dipantau oleh fasilitator


Program bagi siri ke-3 bagi tahun 2010 ini telah berjalan lancar dengan ceramah teori yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz Bad telah berjaya menarik minat dan perhatian anak-anak. Manakala pada sesi praktikal solat dan wudhu', para fasilitator telah berjaya menyampaikan objektif kursus ini kepada anak-anak peserta.

(gambar) Sijil Penyertaan disampaikan oleh Setiausaha Surau Al-Hidayah

(gambar) Sijil Penyertaan kepada peserta kanak-kanak perempuan


Pihak urusetia, UKJ Hulu Kelang mengucapkan ribuan terima kasih khusus kepada pihak Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Jalan AU1B/1 yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik bermula daripada pra-pendaftaran program sehingga selesai program. Semoga hubungan yang mesra dan erat ini akan dapat diperkukuh dalam siri-siri program akan datang dalam usaha dakwah dan pendidikan terhadap masyarakat.

(gambar) Wakil urusetia menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil Surau Al-Hidayah


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Smart Solat Siri 2/2010 di Ukay Perdana

Wednesday, June 30, 2010, 0 comments

(gambar) Sebahagian peserta tidak sabar menanti program bermula

Ukay Perdana - Siri ke-2 tahun 2010 bagi program Bengkel Kesempurnaan Solat "Smart Solat" diteruskan lagi pada 26 Jun 2010 lalu. Kali ini komuniti Ukay Perdana yang kebanyakannya didiami oleh penghuni rumah pangsapuri menjadi kumpulan sasaran. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang yang diuruselia oleh UKJ Hulu Kelang ini menyasarkan sebanyak 7 siri pada tahun ini.

(gambar) Peserta lelaki dan perempuan

Bertempat di Surau Sri Baiduri, Pangsapuri Sri Baiduri Ukay Perdana, sambutan yang diterima oleh pihak UKJ Hulu Kelang amat memberangsangkan. Walaupun urusetia hanya menghadkan penyertaan kepada 50 orang penyertaan sahaja, namun pada hari program seramai 65 orang peserta berdaftar. Masih terdapat ramai ibu bapa yang pulang kehampaan kerana tidak dapat mendaftarkan anak-anak mereka menyertai program ini.

(gambar) Penuh disiplin semasa majlis perasmian

Namun begitu, pihak urusetia telah memberi jaminan untuk menganjurkan program ini sekali lagi buat komuniti Ukay Perdana ini. Majlis perasmian telah disempurnakan ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib.

(gambar) Pengerusi Surau Sri Baiduri, En. Halim menyampaikan ucapan


Program telah berjalan dengan sempurna walaupun terdapat pertindihan program di kalangan AJK UKJ Hulu Kelang pada hari dan masa yang sama. Semoga usaha murni dan baik ini dapat diteruskan dan membuahkan hasil yang baik di dunia dan akhirat.

(gambar) Ucapan perasmian oleh YB Haji Saari Sungib



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com