Showing posts with label Penerangan. Show all posts
Showing posts with label Penerangan. Show all posts

Mesyuarat Main Board SOKEM

Saturday, May 14, 2011, 0 comments






SOKEM - SMS Operasi Kempen

Himpunan 30,000 pemuda PAS hadapi p’raya

Wednesday, January 5, 2011, 0 comments

Himpunan 30,000 pemuda PAS hadapi p’raya - Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan satu himpunan besar sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil, yang juga pengarah himpunan tersebut, berkata ia mengumpulkan para pemuda PAS dari seluruh negara.

Bertemakan “Masa Untuk Berubah” perhimpunan 30 000 pemuda PAS itu akan diadakan pada 19 Februari depan di Kota Sarang Semut, Kedah.

Menurutnya, ini merupakan perhimpunan kali ketiga selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada 2002 yang mengumpulkan 5,000 Pemuda PAS.

Manakala perhimpunan kedua pula di Kota Bharu, Kelantan pada 2006 yang berjaya mengumpulkan 15,000 Pemuda PAS dari seluruh negara, kata Khairul dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, perhimpunan kedua itu telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu.

“Seramai lima pemuda dari setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai perhimpunan tersebut,” tambahnya.

Manakala perhimpunan bulan dirancang dengan jangkaan 30,000 peserta - sekali ganda lebih besar daripada jumlah peserta tahun 2006, kata Khairul.

Menurutnya, bagi merealisasikan kehadiran 30,000 peserta, sasaran kali ini ahli baru dan anak muda yang menyokong PAS dari semua kawasan di seluruh negara.

“Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),” katanya.

Perhimpunan sehari itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Menurutnya, mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Abu Bakar Chik, Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut meraikan program tersebut

“Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu.

“Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain bolasepak kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang,” tambah Khairul.


Lajnah Penerangan, Informasi & KomunikasiUnit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Ceramah di AU3 dan Kaunter Pendaftaran Terus Dibuka

Friday, February 12, 2010, 0 comments


(gambar) Ustaz Idris Ahmad berceramah, di samping beliau ialah saudara Khairulfahmi dan YB Saari Sungib

AU3 - Satu ceramah bersempena Sambutan Maulidurrasul telah dianjurkan oleh cawangan di sini dengan menjemput Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Gombak, saudara Khairulfahmi itu turut dihadiri oleh ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib.

(gambar) YB Salahuddin Ayub sedang menyampaikan ceramah

Ustaz Idris Ahmad di dalam ceramah penerangannya banyak menampilkan bukti-bukti Umno menolak hukum Allah serta tidak membela Islam selama mereka memerintah negara ini. Isu kalimah Allah juga turut diperjelaskan di hadapan hadirin dan memberi perumpaan kepada pihak-pihak yang sibuk 'membela' penggunaan kalimah Allah tetapi menolak hukum Allah ini ibarat, "nak manis tapi taknak gula".

(gambar) Boleh juga berkenalan dengan tuan punya handphone tersebut...

YB Salahudin Ayub pula dengan tegas memberi penerangan kepada penduduk di AU3 tentang ancaman keselamatan negara apabila begitu banyak kes-kes melibatkan aspek keselamatan dan pertahanan negara didedahkan media. Antaranya isu enjit jet yang hilang, isu rahsia negara dan juga terkini isu kapal selam.

Walaubagaimanapun ceramah beliau terpaksa dihentikan awal apabila pihak penganjur majlis 'akur' dengan permintaan anggota polis cawangan khas untuk menghentikan ceramah itu lebih awal atas alasan mendapat bantahan penduduk sekitar dan ceramah tidak mempunyai permit. Hadirin pula seakan belum puas dengan ceramah tersebut meminta agar YB Salahuddin meneruskan ceramah beliau. Dan 10 minit selepas itu beliau menamatkan ceramahnya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

(gambar) Saudara Zaharin menjaga kaunter pendaftaran

Kaunter pendaftaran pemilih dan keahlian PAS yang diuruselia oleh UKJ Hulu Kelang pula terus menerima pendaftaran baru walaupun kehadiran pada malam itu tidak begitu besar, mungkin kerana terdapat satu lagi ceramah besar Pakatan Rakyat yang berlangsung di Batu Caves. Usaha ini akan terus digerakkan oleh UKJ Hulu Kelang bagi terus meningkatkan lagi pendaftaran pengundi baru serta keahlian PAS yang baru.



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Terus mendokong Kepimpinan Ulamak

Tuesday, May 26, 2009, 0 comments

Sabtu, Taman Melewar - Sambutan Jubli Perak Sempena 25 Tahun Kepimpinan Ulamak telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Program seminar selama sehari ini telah dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan PAS.

UKJ Hulu Kelang telah turut sama Dewan Pemuda PAS Gombak bertugas untuk seminar sehari tersebut. Bermula dengan persiapan tempat seminar, susun atur kerusi di dalam dewan, menggantung bendera di sepanjang jalan masuk ke Taman Melewar, persiapan bahan dan kertas kerja seminar pada malam sebelum program sehinggalah kepada pendaftaran peserta pada hari program. Kehadiran para peserta dianggarkan mencecah hampir 600 orang dengan segenap ruang Dewan Dato Fadzil Noor di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat itu dipenuhi dengan para peserta.

Kelihatan para peserta tekun mendengar pembentangan kertas kerja

Dalam program Sambutan ini juga, sebuah buku telah dilancarkan. Bertajuk 25 Tahun Kepimpinan Ulamak, buku ini memuatkan tulisan-tulisan daripada tokoh-tokoh ulamak dalam PAS seperti YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, Almarhum Dato' Fadzil Noor, YB Dato Ustaz Harun Taib, Dato Ustaz Mohd Daud Iraqi, Hj Subky Latif, Ustaz Idris Ahmad dan lain-lain lagi.

Buku ini sewajarnya dimiliki oleh setiap amilin dan ahli PAS yang berhasrat mengetahui dengan lebih mendalam sejarah dan asal-usul kepimpinan ulamak dalam PAS, konsep kepimpinan ulamak dalam PAS yang sebenarnya, menjawab segala persoalan dan polemik berkaitan kepimpinan ulamak yang timbul mutakhir ini. Kenyataan Tuan Guru Dato Seri Presiden juga boleh dilihat di sini.

25 Tahun Kepimpinan Ulamak - diterbitkan oleh Nufairstreet

YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat -
"Ulamak dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang ulamak dah pandai. Dia ulamak dialah juga professional. Ulamak dan professional ini kita gabungkan. Lama dah selesai benda ini, sepatut tak timbul dah. Jadi tak ada masalah.
Kelayakan professional sahaja tidak cukup sekiranya ingin menjadi pemimpin tertinggi dalam parti PAS.
PAS sudah lama dipimpin oleh golongan ulamak dan sekarang ini ulamak dan professional digabungkan bagi mengukuhkan kedudukan parti. Hanya golongan ulamak professional yang layak menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam parti itu pada pemilihan yg akan diadakan"

Almarhum Dato Fadzil Mohd Noor -
"Dalam erti kata lain kepimpinan ulamak adalah kombinasi dari pelbagai unsur terbaik seperti yang pernah ditampilkan oleh kepimpinan Rasulullah SAW dan para sahabat radiaLlahuanhum iaitu selain ketaqwaan yang tinggi ia mestilah sensitif dengan masalah-masalah semasa, berpandangan jauh, mampu merancang dan membentuk masa depan ummah, bersikap terbuka dan toleransi dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Bekerja sebagai kumpulan professional, proaktif dan memperlihatkan ketrampilan sebagai pimpinan sejati. Ini ciri-ciri yang amat diperlukan"

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

3 Sebab Mengapa Kerajaan Persekutuan Tidak Boleh Mengambil alih Pengurusan Air di Selangor

Wednesday, March 25, 2009, 0 comments


1. Anda akan membayar kadar yang lebih tinggi untuk air

  • Tidak ada lagi Polisi percuma untuk air 20m3
  • Kenaikan tarif air
  • Jika Kerajaan Negeri mengambil alih, ia akan menurunkan harga air
  1. Sekarang adalah dengan nilai RM1.33/m3
  2. 10% pada 2009 ke RM1.33/m3
  3. 20% pada 2011 ke RM1.18/m3
  4. Oleh 25% pada 2013 ke RM1.11/m3
  • Penerusan kualiti yang rendah dan layanan yang buruk di bawah Syabas

2. It is a backdoor bail-out
  • Kerajaan Persekutuan akan bail-out kroni-kroninya yang berhutang
1. Puncak Niaga dari hutang: RM1.3 bilion
2. Syabas' hutang: RM2.9 bilion

3. Splash's hutang: RM1.6 bilion
4. Abbas' hutang: RM640 juta

Jumlah hutang: RM6.4 bilion

  • Kerajaan Persekutuan akan membayar harga yang sangat tinggi untuk aset syarikat konsesi
  • Wang yang diambil dari massa dan diberikan kepada yang sudah kaya
  • Praktis yang korup akan terus dijalakan
3. Syabas akan untung meskipun buruk track record

  • Syabas adalah pembekal air monopoli di Selangor dan Kuala Lumpur
  • Kerajaan Persekutuan akan memberikan lesen untuk operasi monopoli Syabas
  • Kualiti air semakin teruk dengan bau air yang amat busuk dan kotor
  • Kurang menangani aduan masalah air
  • Tidak ada tender terbuka selama lebih dari 72% dari nilai kontrak RM600 juta
  • Bayaran RM50 untuk caj sambungan semula air, dibandingkan dengan di masa lalu RM10 sebelum penswastaan
  • Lebih dari RM325 juta dalam ketidakserasian ditemui antara ringkasan kontrak diberikan pada tahun 2005, 2006, dan 2007 dan Syabas review dokumen
  • Antara 2005 & 2007, Syabas melebihi hadnya dari nilai kontrak RM200 juta
  • RM51.2 juta telah dikeluarkan untuk mengubahsuai pejabat Syabas ketika Jabatan KawalSelia Air Selangor (JKAS) hanya bersetujuRM23.2 juta untuk tahun 2005
  • Menurut perjanjian Syabas, 25% kenaikan tarif dijadualkan untuk 2012, yang diikuti oleh 20% kenaikan pada 2015, 10% pada 2019 dan kenaikan 5% pada 2021, 2024, 2027 dan 2030
  • Ketua Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad telah dibayar RM5.1 juta untuk Gaji Pengarah pada 2007 (RM425,000 sebulan!) Salah satu yang tertinggi dari Gaji Pengarah di Malaysia
  • Dia juga adalah Ketua Eksekutif Syabas, 70% dari yang dimiliki oleh Puncak Niaga
  • Skandal Paip:
  1. Pembelian paip dari syarikat di Indonesia bernilai RM600 juta
  2. Syarikat-syarikat tersebut juga dimiliki oleh orang yang sama di atas!
  • Kenapa Kerajaan Persekutuan memberikan RM2.9 bilion dari gran dan pinjaman walaupun Syabas adalah syarikat swasta?
  • Syabas merupakan satu-satunya pembekal air monopoli di Selangor dan Kuala Lumpur
  • Walaupun buruk track record, Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan lesen untuk operasi monopoli Syabas

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Menyambut Jurucakap Rasmi Kerajaan Hamas Palestin

Friday, February 13, 2009, 0 comments

Unit Amal Pemuda PAS Hulu Kelang telah bertugas dalam satu ceramah penerangan isu Palestin yang dianjurkan oleh sebuah NGO Kebajikan Muslim, Muslimcare Malaysia di Padang AU2 Taman Seri Keramat Hulu Kelang. Unit Amal telah diminta oleh penganjur program untuk membantu kelancaran program tersebut terutamanya dari aturan lalulintas, pergerakan orang ramai, tetamu jemputan serta kutipan derma sumbangan untuk Palestin.

Program ceramah ini adalah satu majlis yang penuh bermakna buat masyarakat Hulu Kelang yang menjadi tuan rumah menyambut kedatangan wakil rasmi Kerajaan Palestin yang diterajui oleh Hamas. Tetamu yang dimaksudkan ialah Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi kerajaan Palestin dan ditemani oleh Syeikh Abu Husam. Selain itu majlis ceramah juga disertai oleh ADUN Hulu Kelang, YB Hj Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga YDP PAS Kawasan Gombak, YB Dr Mohd Hatta Ramli.

Dr Sami Abu Zuhri telah menyampaikan ceramahnya di dalam Bahasa Arab dan telah diterjemahkan dengan penuh semangat dan fasih sekali oleh Ustaz Mohd Nazmi. Dr Sami Abu Zuhri dalam ceramahnya berkongsi semangat dan perasaan rakyat Palestin, terutamanya ibu-ibu yang telah merelakan anak-anak mereka berjuang sehingga syahid. Menurut beliau, ada ibu yang ditemui oleh Perdana Menteri Palestin, Syeikh Ismail Haniyyeh melahirkan rasa bangga kerana telah berjaya melahirkan 6 orang anaknya sebagai syuhada' fisabilillah dan seterusnya mendoakan agara Syeikh Ismail akan terus berjuang demi Islam dan Palestin. Tidak kurang juga 'dendam' dan semangat anak-anak kecil yang membara terhadap kekejaman Israel, dan semangat jihad yang ditanam di dalam diri mereka sejak kecil akan menjadikan mereka pejuang-pejuang Palestin.

Beliau turut menjelaskan bahawa pertempuran terbaru ini bukanlah satu episod akhir atau kemuncak kepada perjuangan rakyat Palestin melawan kekejaman dan keganasan Israel, bahkan ia hanyalah satu marhalah atau titik perjuangan dalam perjuangan rakyat Palestin. Sehinggalah akhirnya Allah akan memberi kemenangan kepada mereka.

Di samping itu, Muslimcare Malaysia yang baru-baru ini dalam misi bantuan kemanusiaan mereka kepada rakyat Palestin telah berjaya menembusi kawalan ketat kerajaan Mesir di sempadan Rafah dan memasuki bumi Ghazzah. Ternyata daripada rakaman foto dan video yang mereka rakam dan dipancarkan pada malam tersebut, kemusnahan dan kehancuran akibat serangan ganas Israel itu adalah jauh lebih dahsyat daripada apa yang biasa digambarkan. Bumi Ghazzah ibarat padang jarak padang tekukur dengan hampir keseluruhan binaan rebah menyembah bumi.

Sesungguhnya isu terbaru kekejaman di Palestin ini telah membuka mata masyarakat dunia seluas-luasnya. Palitan organisasi militan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Hamas sedikit demi sedikit semakin pudar. Masyarakat dunia jelas siapa sebenarnya pengganas, Israel adalah pengganas yang sebenar mengambil nyawa orang awam, warga tua, anak-anak, bayi kecil, wanita dengan sewenang-wenangnya. Sebagai orang Islam, isu Palestin bukan semata-mata isu negara Palestin, bukan juga isu warga Arab, tetapi isu Palestin adalah isu aqidah umat Islam. Rindu kita kepada Masjidil Aqsa di bumi Al-Quds yang Allah berkati semakin mendalam. Moga Allah beri kemenangan kepada Palestin dan Islam keseluruhannya. Al-Quds fi Qulubuna. Allahu Akbar!!

"Dan sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu (Muhammad) mengikut agama mereka" (Al-Baqarah:120)

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com