Usrah Gabungan Pemuda Gombak

Tuesday, May 26, 2009, 0 comments

Ustaz Syarhan, Ketua Pemuda PAS Gombak sedang memberi ucapannya

Kt Pemuda PAS Gombak sedang melancarkan laman web Pemuda PAS Gombak yang baru

Kehadiran Pemuda PAS Gombak dalam program Usrah Gabungan Bulanan DPPG

Naqib undangan, Ustaz Fauzi Hussin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah

Taman Melawati - Program Usrah Gabungan Pemuda Pas Gombak sesi Mei 2009 telah berjaya diadakan di Taman Melawati. Kehadiran amat menggalakkan, hampir 70 orang pemuda hadir.

Naqib undangan kali ini ialah Ustaz Fauzi Hussin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah

Tajuk yang dikupas malam tersebut berbuyi Mehnah dan Tribulasi dalam Perjuangan".

Untuk berita lanjut sila ke: http://www.pemudagombak.com/?p=287

Unit Sekretariat dan R&D UKJ Hulu Kelang

Terus mendokong Kepimpinan Ulamak

, 0 comments

Sabtu, Taman Melewar - Sambutan Jubli Perak Sempena 25 Tahun Kepimpinan Ulamak telah diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Program seminar selama sehari ini telah dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan PAS.

UKJ Hulu Kelang telah turut sama Dewan Pemuda PAS Gombak bertugas untuk seminar sehari tersebut. Bermula dengan persiapan tempat seminar, susun atur kerusi di dalam dewan, menggantung bendera di sepanjang jalan masuk ke Taman Melewar, persiapan bahan dan kertas kerja seminar pada malam sebelum program sehinggalah kepada pendaftaran peserta pada hari program. Kehadiran para peserta dianggarkan mencecah hampir 600 orang dengan segenap ruang Dewan Dato Fadzil Noor di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat itu dipenuhi dengan para peserta.

Kelihatan para peserta tekun mendengar pembentangan kertas kerja

Dalam program Sambutan ini juga, sebuah buku telah dilancarkan. Bertajuk 25 Tahun Kepimpinan Ulamak, buku ini memuatkan tulisan-tulisan daripada tokoh-tokoh ulamak dalam PAS seperti YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, Almarhum Dato' Fadzil Noor, YB Dato Ustaz Harun Taib, Dato Ustaz Mohd Daud Iraqi, Hj Subky Latif, Ustaz Idris Ahmad dan lain-lain lagi.

Buku ini sewajarnya dimiliki oleh setiap amilin dan ahli PAS yang berhasrat mengetahui dengan lebih mendalam sejarah dan asal-usul kepimpinan ulamak dalam PAS, konsep kepimpinan ulamak dalam PAS yang sebenarnya, menjawab segala persoalan dan polemik berkaitan kepimpinan ulamak yang timbul mutakhir ini. Kenyataan Tuan Guru Dato Seri Presiden juga boleh dilihat di sini.

25 Tahun Kepimpinan Ulamak - diterbitkan oleh Nufairstreet

YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat -
"Ulamak dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang ulamak dah pandai. Dia ulamak dialah juga professional. Ulamak dan professional ini kita gabungkan. Lama dah selesai benda ini, sepatut tak timbul dah. Jadi tak ada masalah.
Kelayakan professional sahaja tidak cukup sekiranya ingin menjadi pemimpin tertinggi dalam parti PAS.
PAS sudah lama dipimpin oleh golongan ulamak dan sekarang ini ulamak dan professional digabungkan bagi mengukuhkan kedudukan parti. Hanya golongan ulamak professional yang layak menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam parti itu pada pemilihan yg akan diadakan"

Almarhum Dato Fadzil Mohd Noor -
"Dalam erti kata lain kepimpinan ulamak adalah kombinasi dari pelbagai unsur terbaik seperti yang pernah ditampilkan oleh kepimpinan Rasulullah SAW dan para sahabat radiaLlahuanhum iaitu selain ketaqwaan yang tinggi ia mestilah sensitif dengan masalah-masalah semasa, berpandangan jauh, mampu merancang dan membentuk masa depan ummah, bersikap terbuka dan toleransi dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam. Bekerja sebagai kumpulan professional, proaktif dan memperlihatkan ketrampilan sebagai pimpinan sejati. Ini ciri-ciri yang amat diperlukan"

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Pertemuan Meja Bulat DPP Gombak bersama Pemuda cawangan

Friday, May 22, 2009, 0 comments

Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi sedang memberi ucapan dan amanat kepada pemuda - pemuda PAS cawangan - cawangan DUN Hulu Kelang. Dalam amanatnya beliau mengingatkan akan tanggungjawab pemuda untuk membantu dan mengembling tenaga bagi menegakkan syiar Islam dengan menginfaqkan diri pada gerakerja DPP Gombak dan UKJ Hulu kelang.



Saf kepimpinan DPP Gombak sessi 09 - 11, dari kiri; Sdr Daman,Setiausaha DPPG; Ustaz Syarhan; Sdr Habib, Ketua UKJ Hulu Kelang; Sdr Azizul, Tim Ketua Pemuda; Ustaz Helmizan, Naib Ketua Pemuda.


Ucapan alu-aluan oleh Sdr Habib, Ketua UKJ Hulu kelang
21 May 2009 - Satu pertemuan Meja Bulat antara DPP Gombak dan Pemuda Cawangan - cawangan DUN Hulu Kelang telah diadakan di Pejabat ADUN Hulu Kelang.
Objektif pertemuan ini bagi mengeratkan lagi ukhwah dan menjelaskan halatuju saf kepimpinan DPPG sesi 2009 - 2011 kepada Jawatankuasa Pemuda Cawangan di DUN Hulu Kelang.
Saf kepimpinan DPPG diketuai sendiri Ketua Pemuda, Ustaz Syarhan bersama Timbalan Kt Pemuda, Sdr Azizul dan Naib Ketua Pemuda, Sdr Helmizan bersama - sama dengan Setiausaha Dewan Pemuda, Sdr Daman. Turut serta ialah sdr Taufik, Pengerusi Lajnah Dana dan Ekonomi DPPG.
Seramai 30 orang pemuda - pemuda cawangan dan UKJ hadir dalam pertemuan tersebut.
Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan.
Unit Sekretariat dan R&D UKJ Hulu Kelang

Perihal menegur, mengkritik dan menasihati

, 0 comments

oleh ibnuabuakhi

Imam Nawawi dalam kitab Hadis 40 ada memuatkan satu hadis yg begini maknanya, "Agama itu adalah Nasihat". Islam itu sendiri adalah satu agama nasihat-menasihati sekiranya berpandukan kepada Hadis di dalam kitab ini. Nasihat menasihati juga adalah satu perkara yg berkaitan dengan berbeza pendapat atau pandangan, ataupun ikhtilaf. Adakah ia satu yg tidak baik berbeza pendapat? Pasti tidak kerana dalam Islam kita mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, yg nyatanya dalam kaedah Fiqh. Perbezaan pendapat telah melahirkan 4 mazhab Fiqh yg utama yg mana ia memperkayakan ilmu Usul Fiqh itu sendiri.


Bukankah juga dalam soal mengeluarkan pendapat, para ulama' yg mengeluarkan pendapat istilahnya mereka ini berijtihad dengan ilmu dan kefahaman mereka juga dijanjikan pahala? Jika benar dan tepat ijtihad mereka, maka 2 darjat untuk mereka. Adapun jika salah dan tidak tepat ijtihad mereka, mereka tetap mendapat 1 darjat atas pandangan dan ijtihad yg telah dikeluarkan itu. Ini semua jelas menunjukkan bahawa ikhtilaf itu adalah suatu yg dibenarkan dan diyakini sekiranya betul dan kena caranya, akan menguntungkan semua pihak yg berbeza pandangan itu.

Ini juga yg dikatakan sebagai adab ikhtilaf. Sekali kita berbeza pendapat, ia mesti didasarkan kepada ilmu dan fokusnya adalah kepada perkara pokok dan yg besar, tidak kepada perkara remeh dan ranting semata-mata. Dan dalam menyatakan pendapat kita, sikap selalu ingin menang harus kita buang agar kita lebih terbuka kepada pendapat pihak yg berbeza pendapat dengan kita. Dan saya kira adab yg paling penting sekali apabila kita berikhtilaf dengan sahabat, apatah lagi dalam satu jamaah ialah untuk kita hanya berbeza dalam pemikiran dan tidak dibawa perbezaan itu ke dalam hati, supaya ukhuwah yg terjalin selama ini tidak terjejas akibat kita menyatakan perbezaan pandangan kita secara terbuka.

Namun ini antara fenomena yg sukar kita hadapi. Ustaz Fathi Yakan dalam kitab Abjadiyyat nya yg sedang kami telaah sekarang ini menggariskan syarat terakhir dalam mengkritik atau menegur atau bahasa lembutnya menasihati seseorang adalah BERLAPANG DADA. Secara hakikatnya, adakah mudah untuk kita berlapang dada menerima secara terbuka sesuatu kritikan terhadap kita? Apalagi jika kritikan pedas yg memang betul2 kena tepat atas batang tubuh kita? Ia pasti suatu yg sukar jika kita tidak mempunyai sikap berlapang dada atas teguran dak kritikan sahabat. Dan memetik kata-kata Sasterawan Negara, A Samad Said, "telinga satu, berlidah dua". Maknanya banyak sangat dan pandai sangat bercakap mengkritik menghentam, tapi sukar sekali untuk mendengar dan menerima kritikan dan teguran.

Pernah sekali dalam satu mesyuarat agung di Kedah beberapa tahun lalu. Seorang ahli bangkit dan mengkritik dengan kritikan tajam dan amat pedas kepada kepimpinan. "Pemuda lembik, cheroi, tak buat keja, sibuk usung laptop sini sana, keja apa pun takdak". Begitulah lebih kurang teguran yg dibuat. Dan jika kita tidak berlapang dada dan tidak fikir yg kita pernah silap, pasti berlaku pertikaian hebat di situ. Lebih banyak kita mendengar dan terus memuhasabah buruk benar teguran itu, lebih banyak kebaikan yg boleh kita perbetulkan. Bukankah telinga kita dua dan mulut hanya satu? Jadi lebihkan mendengar, kurangkan bercakap, jika ia tidak mendatangkan manfaat.

Seringkali terjadi juga apabila kita mengkritik, orang yg dikritik itu akan berasa hati dan kadangkala dalam satu organisasi, orang itu akan membawa diri atau istilahnya merajuk. Apatah lagi sekiranya yg mengkiritik itu adalah Kaum Muda dan yg dikritik itu golongan otai2 @ Kaum Tua? Atau barangkali jika orang yg dikritik itu adalah yg empunya kuasa dan sukar menerima kritikan, maka yg mengkritik akan menerima balasan, sama ada diserang balas kritikan atau dipecat daripada kedudukan atau dalam konteks kerajaan Malaysia hari ini, disumbat ke dalam Akta celaka ISA. Itulah perihal menegur, mengkritik, menghentam atau yg lebih baik adalah menasihati, semua bergantung kepada niat dan tujuan sesuatu kritikan atau teguran itu dibuat.

Dan akhirannya, dari kitab Abjadiyyat itu juga, dipetik kata-kata Saidina Umar Al-Khattab, "Aku suka sekiranya kalian dapat menunjukkan kesalahan aku!!" Moga sikap lapang dada dan terbuka dapat kita praktiskan sebaik-baiknya.

Penulis adalah AJK UKJ Hulu Kelang. Dipetik dari blog beliau. 

Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kenyataan Media PAS Gombak : Isu Ahli Baru Penyebab Politik Wang

Thursday, May 21, 2009, 0 comments

Pas Kawasan Gombak berpandangan penghijrahan ahli baru samada dari UMNO atau yang tidak menyertai mana-mana parti ke dalam PAS adalah kerana kesediaan dan keikhlasan mereka untuk menerima asas dan dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam.

Sebab itu kita berkeyakinan sesiapa pun yang memilih PAS adalah individu yang bersedia menerima Islam sebagai cara hidup dan meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh Islam.
Kita berkeyakinan mereka masuk setelah menilai dan mahukan perubahan yang positif mengikut perspektif Islam dalam diri mereka apabila menyertai PAS. Disamping itu gejala tidak sihat seperti politik wang atau rasuah yang berleluasa berlaku dalam UMNO terutamanya dalam pemilihan agung UMNO baru baru ini.

Justeru PAS Gombak amat mengalu-alukan kemasukan ahli ahli dan tidak melihat kemasukan ahli baru sebagai penyebab wujudnya gejala tidak sihat kerana PAS mempunyai mekanisme tersendiri untuk membentuk dan mendidik ahli terutamanya melalui proses pentarbiyahan yang menjadi asas kekuatan selama ini. Ini diperkuatkan lagi dengan kepimpinan ulamak dalam PAS yang sentiasa menekan dan membimbing ahli dengan ilmu dan asas agama yang akan membentengi diri daripada melakukan amalan yang tidak baik.

Dalam hal ini sebenarnya UMNO cukup bimbang dan cemburu dengan pengaruh PAS sekarang kerana semakin banyak berlakunya penghijrahan ahli ahli mereka ke dalam PAS seperti yang dilakukan oleh Kapten (B) Zahar dan ahli ahli UMNO di Petaling Jaya Selatan. Sebab itu mereka cuba untuk mengaitkan pula PAS dengan isu politik wang yang jelas tidak berlaku dalam PAS.
Kenyataan media oleh

Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan
SetiausahaPAS Gombak

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan

, 0 comments


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,



Semua Dijemput Hadir
Khairul Faizi (Pengarah program) 019-770 1830, Hajjah Kamariah (Setiausaha LPN PAS Pusat) 016-322 6159 & Razif (Timb. Pengarah b/p Tuan Rumah : Kota Raja) 013-361 0603

Program Reece Kemensah - Janda Baik

Monday, May 18, 2009, 1 comments










PROGRAM REECE MERENTAS KEMENSAH, HULU KELANG KE JANDA BAIK, PAHANG

16 - 17 MEI 2009


Sepasukan anggota UKJ HK telah berjaya melaksanakan satu XPDC Reece Kemensah - Janda BaikPahang. Perjalanan yang bermula dari Perkampungan Orang Asli Kemensah, Hulu Kelangdan berakhir di Kampung Cheringin, Janda Baik, Pahang yang mengambil masa dua hari satu malam.


Kontingen UKJ yang diketuai sendiri oleh Ketua UKJ, Sdr Habib bersama empat lagi ahli UKJHulu Kelang,sdr Zaharin, Sdr Muslim, Sdr Azhar dan Sdr Hashim. Ianya juga disertai oleh AJK DPP Kawasan Gombak, sdr Taufik.


Untuk memandu arah, XPDC ini di bantu oleh Tok Batin Orang asli Kemensah, Tok Ibak dan anaknya sdr Wahid


Kronologi Perjalanan

16 Mei 2009 - sabtu
9am - berkumpul di MTD Hulu Kelang, sesi sarapan, taklimat dan pengagihan barang bekalan

930am - tiba di Perkampungan Orang Asli Kemensah

10am - mula bergerak memasuki kawasan hutan simpan Kemensah

1230pm - tiba di Check Point 1, Lubuk Tedung: berhenti makan tengah hari dan solat

2pm - mula meneruskan perjalanan

5pm - Tiba di Check Point 2, Kem Hujan: persiapan utk bermalam


17 Mei 2009 - ahad

9am - mula bergerak meninggalkan Kem Hujan

12pm - tiba di kawasan sempadan Selangor - Pahang

1pm - tiba di Check Point 3, kem Air Pahang: makan t/hari dan solat

4pm - sampai di Last Point, pembersihan diri dan persiapan utk pulang

5pm - Van sampai, mula bergerak pulang ke MTD HK

6pm - tiba di MTD HK, bersurai

Unit Sekretariat dan R&D UKJ Hulu Kelang

Thursday, May 14, 2009, 0 comments



CERAMAH UMUM

YB Mahfuz Omar (Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat)
YB Amiruddin Shaari (Adun Batu Caves)
YBhg Ustaz Salehuddin Nasir (YDP PAS Gombak)

Pada:
14 Mei 2009, Khamis
9.30 malam

Bertempat:
Dewan JKKK Kg Melayu
(berhampiran padang bola sepak Batu Caves)

Semua Dijemput Hadir



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Monday, May 11, 2009, 1 comments

(Sila klik untuk besarkan)

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com