Kejohanan Paintball Hulu Kelang 2010 (Makluman terkini)

Friday, April 16, 2010, 0 comments



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

UKJ Hulu Kelang 'Dianugerah' UKJ Terbaik 2010

Tuesday, April 6, 2010, 0 comments

Anjung Rahmat - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak kali ke-15 dilangsungkan pada 4 April 2010 lalu di sini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Ahmad Izzat Shauqi, ADUN Bukit Lada, Kedah yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

(gambar) dari kiri; Ustaz Zakaria Mamat (Naib YDP PAS Gombak), Ustaz Syarhan (Ketua DPPG), YB Ustaz Ahmad Izzat, YB Saari Sungib, Ustaz Fauzan (wakil DPP Selangor)

Seramai lebih 90 orang perwakilan dari seluruh cawangan dalam PAS kawasan Gombak telah hadir melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing selaku ahli PAS.
(gambar) Sebahagian perwakilan (AJK DPPG) semasa majlis perasmian

Dalam ucapan perasmiannya, YB Ustaz Ahmad Izzat menekankan tentang kebijaksanaan seluruh pendokong PAS dalam mengurus kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah dalam PRU yang lalu. Beliau turut sama berkongsi perkembangan pentadbiran kerajaan PAS di negeri Kedah serta perubahan-perubahan yang ditonjolkan oleh Menteri Besar YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak.

(gambar) Saudara Zaharin, SU UKJ HK menerima pengiktirafan skuad Jabatan Amal Gombak

Dalam pada itu, dalam Mesyuarat Agung DPPG tahun ini, UKJ DUN Hulu Kelang telah dianugerahkan Anugerah UKJ Terbaik 2010 mengatasi UKJ DUN Batu Caves dan UKJ DUN Gombak Setia. Ini adalah satu pengiktirafan di atas hasil gerak kerja seluruh kepimpinan dan ahli UKJ selama ini. Tambahan pula, sudah sekian lama UKJ Hulu Kelang 'melepaskan' anugerah ini kepada UKJ DUN lain..

(gambar) Saudara Habib, Ketua UKJ Hulu Kelang menerima Anugerah UKJ Terbaik 2010 daripada Yb Ustaz Ahmad Izzat

Perjalanan mesyuarat agung kali ini berjalan dengan baik dan berakhir pada jam 2.30 petang. Para perwakilan telah menjalankan amanah dengan baik dalam sesi pembentangan laporan apabila banyak persoalan, 'pertikaian' dan cadangan bernas telah dilontarkan khususnya kepada Lajnah Penerangan DPPG.

Sebanyak 4 usul yang dibentangkan untuk dibahaskan juga telah diterima oleh sidang mesyuarat agung. Semoga tempoh setahun lagi sebelum menjelang mesyuarat agung tahun hadapan akan meningkatkan lagi semangat dan gerakerja seluruh AJK DPPG dan UKJ-UKJ DUN.


(gambar) Penghargaan kepada perasmi


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Ops Banjir di Batu Caves

Thursday, April 1, 2010, 0 comments






Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com