GOMBAK SETIA - Penyampaian Usrah Gabungan Pemuda PAS Gombak yang diadakan di sini menampilkan bekas Exco DPPP, Ustaz Nor Azli Musa atau lebih terkenal dengan panggilan 'Toliban'. Dengan penuh semangat, beliau yang juga Pengurus Bolasepak Pasukan Liga Super Perak menyampaikan tajuk Istiqamah Mendepani Cabaran. Berikut catatan ringkasan penyampaian tersebut:
- Pemuda adalah golongan yang melakukan perubahan seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Fathi Yakan dalam kitabnya As-Syabab wa Taghyir
- Sikap pemuda yang berfikir selapis sahaja
- Kisah sahabat Khabbab Al-Arat yang diseksa semata-mata mempertahankan keimanannya. Dibakar tujuh biji batu-bata sehingga menyala merah bata itu dan dibaringkan Khabbab di atas batu tersebut. Kesan seksaan tersebut kekal dengan tujuh buah lubang di belakang badan Khabbab. Dengan seksaan tersebut, Khabbab memohon Rasulullah SAW untuk mendoakan kemenangan Islam, lantas Nabi menjawab, "kamu golongan musta'jil (gopoh mendapat kemenangan)"
- Aqidah perjuangan perlu mantap dan berakar umbi dalam jiwa pemuda, ia yang akan menentukan walau sehebat mana ujian, pemuda akan terus istiqamah kerana hanya Allah yang ditakuti
- Nabi berpesan, "Iman dan perasaan takut tidak akan berada dalam satu jiwa". Justeru jika kita golongan beriman, nyahkan perasaan takut dalam diri
- Qiyamullail adalah satu senjata yang paling ampuh. Ia mempunyai kekuatan tersendiri yang ibarat menyuntik satu 'tonik' kekuatan dalam jiwa pejuang. Jadilah seperti "rahib di tengah malam dan singa di siang hari"
- Setiap individu menyumbang dan beramal dengan kepakarannya kerana nilaiannya sama di sisi Allah
- Kata Amru Al-As apabila diutus oleh Saidina Abu Bakar ke satu medan peperangan, "Aku adalah anak-anak panah Islam, lontarlah aku ke mana sahaja, akan aku tuju dan patuh"
- Nabi SAW berpesan, "Aku perintahkan kamu lima perkara sebagaimana Allah memerintahkanku;
2) Dengar dan patuh kepada pimpinan
3) Taat kepada pimpinan
4) Berhijrah apabila sampai masa dan keperluan
5) Berjihad di jalan Allah
Sesiapa yang meninggalkan jamaah ini walau hanya sejengkal, akan terungkai iman dari leher kamu"
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang
0 comments:
Post a Comment