Retreat DPPG Bincang Perancangan Tahun 2010

Monday, January 11, 2010,

ULU YAM - Satu program Retreat Dewan Pemuda PAS Gombak serta UKJ-UKJ DUN Batu Caves, Gonbak Setia dan Hulu Kelang tahun 2010 telah diadakan di sini. Program melibatkan hampir 50 orang peserta ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam.

(gambar) Khusyu' mendengar pandangan Setiausaha UKJ Hulu Kelang, saudara Zaharin

Peserta yang terlibat di dalam program ini adalah Ahli-ahli Exco DPPG dan juga AJK-AJK UKJ setiap DUN yang turut dipanggil untuk membentuk pasukan fokus kerja perbincangan dalam program ini.

(gambar) Timb. Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Nadzim sedang membuat pembentangan

Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menggariskan fokus kerja dan objektif DPPG sepanjang tahun 2010 ini dan sekaligus menetapkan taqwim aktiviti sepanjang tahun 2010. Di samping itu, kelemahan-kelemahan dan muhasabah turut dilakukan terhadap perancangan aktiviti sepanjang tahun 2009 lalu.

(gambar) Bersendirian menikmati sarapan pagi di kala matahari tegak berdiri

Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi dalam ucapan penutupnya menegaskan peri pentingnya perbincangan dan perancangan ini dilakukan supaya gerakerja DPPG dan UKJ-UKJ DUN dilaksanakan mengikut objektif dan fokus kerja supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

(gambar) Kepenatan yang amat setelah memerah otak sehari suntuk

Di akhir program, satu garis panduan kerja bagi DPPG dan UKJ DUN berjaya dihasilkan serta taqwim aktiviti tahun 2010 berjaya dikeluarkan. Adalah menjadi harapan yang tinggi agar segala perancangan yang telah dibincangkan ini akan dapat dicapai sepanjang tahun 2010 ini dan menjadikan aktiviti DPPG khususnya di DUN Hulu Kelang ini lebih cemerlang berbanding tahun 2009, Insya-Allah

(gambar) Perbincangan 'rahsia' DUN Hulu Kelang


Lagi foto menarik di sini


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com