TASIK TITIWANGSA - Program Usrah Amal untuk remaja di DUN Hulu Kelang dilancarkan semula bagi tahun 2010. Program yang telah berlangsung bermula tahun 2009 diteruskan lagi pada tahun ini dengan sasaran penambahan beberapa kumpulan usrah lagi.
(gambar) Saudara Habib sedang mengendalikan sesi taaruf kumpulan beliau
Seramai lebih 20 orang para remaja telah menghadiri program pelancaran ini yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Manakala ahli-ahli UKJ Hulu Kelang yang terlibat pula adalah yang bertanggungjawab terus terhadap ahli-ahli Usrah Amal ini.
Dalam tempoh setahun lepas, terdapat 3 kumpulan Usrah Amal yang aktif menjalankan kegiatan usrah masing-masing dengan naqib usrah yang dipertanggungjawabkan. Jumlah daripada 3 kumpulan ini adalah sekitar 20 orang. Walaubagaimanapun sasaran kumpulan Usrah Amal pada tahun ini adalah untuk menambah keahlian ke dalam kumpulan usrah sedia ada dan juga menambah kumpulan Usrah Amal yang baru serta mengaktifkan semula beberapa kumpulan usrah yang tidak bergerak sebelum ini.
Menurut Pengarah program, saudara Helmizan Abdul Karim, sasaran yang diletakkan adalah realistik berdasarkan pengalaman setahun lepas dalam mengendalikan program Usrah Amal ini. Dengan keterikatan antara ahli Usrah Amal dengan naqib-naqib bertanggungjawab, penglibatan ahli-ahli Usrah Amal dengan program-program pada masa akan datang akan dapat diteruskan.
Selain itu pelaksanaan Usrah Amal ini dilihat satu usaha penting Pemuda dalam mendekati golongan remaja dan seterusnya memberi bimbingan secara berterusan kepada mereka agar terus menghayati dan mengamal cara hidup dan akhlak Islam yang sebenarnya. Mudah-mudahan usaha ini akan berpanjangan dan lebih banyak lagi kumpulan Usrah Amal dapat diwujudkan dengan kesediaan lebih ramai lagi ahli UKJ Hulu Kelang khususnya untuk mendampingi dan membimbing adik-adik remaja ini.
(gambar) Menikmati makan tengahari selepas penat bermain bolasepak
Lago foto menarik di sini
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang
0 comments:
Post a Comment