Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011

Monday, March 21, 2011,

(gambar) Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang merupakan acara tahunan

Ampang Sports Planet - Satu Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011 telah dilangsungkan di sini pada 12 Mac 2011 lepas. Program anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 ini diuruskan oleh Pemuda PAS DUN Hulu Kelang.

(gambar) Para peserta bergambar sebelum kejohanan bermula

Kejohanan ini dijalankan bersempena dengan Kempen Melawatiku Bersih, Indah dan Selamat yang sedang berjalan di bawah anjuran JKP MPAJ Zon 1. Kejohanan ini telah menerima penyertaan daripada 19 buah pasukan yang para pemainnya terdiri daripada para belia tempatan di DUN Hulu Kelang.

(gambar) Sebahagian aksi kejohanan

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Muslim Ismail, wakil daripada JKP MPAJ Zon 1 bagi menggantikan YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang dan Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Hj A. Yazid Alias yang terpaksa menghadiri majlis penyerahan kunci perumahan di Kg Kemensah Hilir.

Perjalanan kejohanan berjalan dengan baik dan lancar dari awal walaupun terdapat sedikit bantahan yang mengambil sedikit masa ketika kejohanan melangkah ke peringkat kalah mati.

(gambar) Finalis bersalaman dengan ADUN dan Ahli Majlis sebelum final berlangsung

Dan akhirnya pasukan dari Kelab Belia TDK (Taman Desa Keramat) dan Permata FC (Taman Permata) berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas mengetepikan saingan masing-masing. Dan selepas 15 minit perlawanan akhir berjalan, Kelab Belia TDK muncul juara Piala ADUN Hulu Kelang 2011, sekaligus mengekalkan kejuaraan yang mereka sandang pada tahun 2009.

(gambar) Kelab Belia TDK mempertahankan kejuaraan sekali lagi

Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Saari Sungib dan turut disertai oleh Ahli Majlis MPAJ merangkap Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Haji A. Yazid Alias.

Semoga dengan penganjuran kejohanan ini akan memberi peluang kepada para belia di Hulu Kelang untuk bersaing secara sihat di samping menambah kenalan dari segenap DUN Hulu Kelang.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com