Kejohanan PS2 Hangatkan Kemuncak Piala Dunia 2010

Monday, July 12, 2010, 0 comments

(gambar) Para peserta sedang beraksi

AU3 - Sempena kehangatan kemuncak Pertandingan Piala Dunia Afrika Selatan 2010, iaitu sebelum perlawanan akhir antara Belanda dan Sepanyol dilangsungkan, satu Kejohanan Play Station 2 'Pro Evolution Soccer' telah dilangsungkan di Dewan Orang Ramai AU3.


(gambar) Set permainan Sony PS2 dengan PES 2010

(gambar) Serius mengawal pergerakan pemain masing-masing


UKJ Hulu Kelang melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang telah bekerjasama dengan PeBT Zon 3 yang diketuai saudara Ilham Zainudin dan jawatankuasanya telah menganjurkan pertandingan ini buat belia dan remaja tempatan dan kawasan berdekatan.


(gambar) Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang

(gambar) Para urusetia bertungkus lumus mengendalikan pertandingan


Sebagai satu kelainan dan percubaan pertama dalam menganjurkan aktiviti buat belia dan remaja sempena 'demam bolasepak' ini, pertandingan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 64 orang dan terpaksa ditutup kepada yang mendaftar lewat atas sebab tempoh masa sebelum sepak mula perlawanan akhir Piala Dunia 2010.


(gambar) Carta perlawanan

(gambar) Perlawanan akhir sedang berlangsung


Perlawanan akhir kejohanan ini telah menemukan antara dua orang peserta terhebat yang mewakili pasukan Brazil dan Portugal yang perlawanannya berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti yang dimenangi pasukan Brazil.

(gambar) Para penyokong 'pasukan Brazil' bersorak keriangan menyambut kemenangan


Dengan percubaan pertama yang berlangsung dengan jayanya ini, pihak penganjur berazam untuk mengadakan lagi pertandingan seumpama ini pada masa akan datang.

(gambar) Naib Ketua Pemuda Gombak mewakili Pusat Khidmat ADUN Hulu Kelang, saudara Helmizan menyampaikan hadiah kepada Naib Johan

(gambar) Johan sulung Kejohanan PS2 menerima hadiah



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Penghargaan Buat Ansor dan Lantikan UKJ Hulu Kelang

Tuesday, July 6, 2010, 1 comments

Satu majlis diadakan pada waktu usrah mingguan UKJ Hulu Kelang di MTD Hulu Kelang semalam sempena merai dan merakamkan penghargaan kepada beberapa orang sahabat-sahabat 'Ansor' dari 'Perak' yang telah memberi sumbangan dan khidmat bantuan kepada gerakerja UKJ Hulu Kelang selama hampir 8 bulan mereka berada di sini.

Penghargaan disampaikan oleh naqib usrah, Ustaz Imran kepada 5 orang sahabat 'Ansor' ini. Dan seterusnya surat-surat lantikan sebagai AJK UKJ Hulu Kelang telah disampaikan oleh Naib Ketua DPP Gombak, saudara Helmizan Abdul Karim kepada saf kepimpinan UKJ Hulu Kelang yang melalui sedikit penstrukturan semula baru-baru ini.

Diucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat 'Ansor' ini dan diharapkan sudi untuk kembali lagi dan berkhidmat di Hulu Kelang selepas ini. Juga kepada kepimpinan UKJ untuk terus menggiatkan perancangan dan gerakerja bagi terus menyemarakkan lagi perjuangan suci ini.

(gambar) Sekitar majlis usrah

(gambar) Surat lantikan kepada Ketua UKJ, saudara Habib

(gambar) Surat lantikan kepada Timb. Ketua UKJ, saudara Nadzim

(gambar) Surat lantikan kepada Setiausaha UKJ, saudara Zaharin

(gambar) Surat lantikan kepada Bendahari UKJ, saudara Azali

(gambar) Surat lantikan kepada PKKM & LPN UKJ, saudara Muthanna

(gambar) Surat lantikan kepada Lajnah Politik & Pilihanray UKJ, saudara Ilham

(gambar) Surat lantikan kepada DACS UKJ, saudara Aafif

(gambar) Surat lantikan kepada Lajnah Dana & Ekonomi UKJ, saudara Najmuddin

(gambar) Jamuan



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Program bersama Komuniti Orang Asli Kemensah Melawat Zoo Negara

Thursday, July 1, 2010, 0 comments

(gambar) Anak-anak yang begitu ceria mendapat belon

Zoo Negara - UKJ Hulu Kelang melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Nisa' Gombak telah menjalankan satu program khusus untuk komuniti Kg Orang Asli Kemensah iaitu melakukan lawatan ke Zoo Negara pada 26 Jun 2010 lalu.

Walaupun jarak tempat pelancongan tersohor di Hulu Kelang ini dengan perkampungan mereka tidak sampai 10 minit perjalanan, namun lawatan ini sungguh bermakna bagi mereka kerana ini adalah kali pertama mereka berpeluang melawat Zoo Negara.

(gambar) Ucapan perasmian oleh YB Haji Saari Sungib


Atas inisiatif dan perancangan yang dilakukan oleh urusetia program, UKJ Hulu Kelang, program tersebut telah berjaya membawa lebih 50 orang dari komuniti Kg Orang Asli Kemensah terdiri daripada dewasa dan anak-anak. Program dirasmikan oleh YB Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang di perkarangan masuk Zoo Negara sejurus sebelum lawatan dimulakan.

(gambar) Semua peserta bergambar beramai-ramai sebelum melakukan lawatan


Kelihatan wajah penuh ceria dan gembira khususnya pada anak-anak apabila berpeluang melakukan lawatan ini. Mereka juga masing-masing telah mendapat sepasang kasut baru dan pakaian rasmi bagi tujuan lawatan bersejarah ini.

(gambar) Ahli Nisa' mengedarkan makanan ringan kepada peserta


Urusetia dari UKJ Hulu Kelang telah bergandingan dengan Nisa' Gombak dalam mengatur perjalanan di dalam Zoo Negara di samping mendekati dan beramah mesra dengan para peserta sebagai salah satu pendekatan pendidikan dan dakwah terhadap kelompok minoriti di Hulu Kelang ini.

(gambar) Peserta di persembahan haiwan di dalam Zoo Negara


Atas sambutan dan reaksi yang menggalakkan yang diterima, lebih banyak lagi program bersama komuniti ini harus dilakukan khususnya program dakwah terhadap mereka. Semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil dan mendapat keberkatan.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Smart Solat Siri 2/2010 di Ukay Perdana

Wednesday, June 30, 2010, 0 comments

(gambar) Sebahagian peserta tidak sabar menanti program bermula

Ukay Perdana - Siri ke-2 tahun 2010 bagi program Bengkel Kesempurnaan Solat "Smart Solat" diteruskan lagi pada 26 Jun 2010 lalu. Kali ini komuniti Ukay Perdana yang kebanyakannya didiami oleh penghuni rumah pangsapuri menjadi kumpulan sasaran. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang yang diuruselia oleh UKJ Hulu Kelang ini menyasarkan sebanyak 7 siri pada tahun ini.

(gambar) Peserta lelaki dan perempuan

Bertempat di Surau Sri Baiduri, Pangsapuri Sri Baiduri Ukay Perdana, sambutan yang diterima oleh pihak UKJ Hulu Kelang amat memberangsangkan. Walaupun urusetia hanya menghadkan penyertaan kepada 50 orang penyertaan sahaja, namun pada hari program seramai 65 orang peserta berdaftar. Masih terdapat ramai ibu bapa yang pulang kehampaan kerana tidak dapat mendaftarkan anak-anak mereka menyertai program ini.

(gambar) Penuh disiplin semasa majlis perasmian

Namun begitu, pihak urusetia telah memberi jaminan untuk menganjurkan program ini sekali lagi buat komuniti Ukay Perdana ini. Majlis perasmian telah disempurnakan ADUN Hulu Kelang, YB Haji Saari Sungib.

(gambar) Pengerusi Surau Sri Baiduri, En. Halim menyampaikan ucapan


Program telah berjalan dengan sempurna walaupun terdapat pertindihan program di kalangan AJK UKJ Hulu Kelang pada hari dan masa yang sama. Semoga usaha murni dan baik ini dapat diteruskan dan membuahkan hasil yang baik di dunia dan akhirat.

(gambar) Ucapan perasmian oleh YB Haji Saari Sungib



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kejohanan Paintball Piala ADUN Hulu Kelang 2010

Thursday, May 20, 2010, 0 comments


Team UKJ Hulu kelang sedang mengatur strategi..



Captain Muhaimin dari Pasukan UKJ Gombak Setia



Keramat AU2A - Kejohanan Paintball DUN Hulu Kelang anjuran Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS, DACS dan UKYC telah berjaya diadakan. Tidak seperti anjuran kali pertama pada tahun 2008 di mana acara diadakan di lokasi gelanggang paintball, kali ini sukan lasak ini dibawa ke padang awam MPAJ di Keramat AU2A. Sebanyak 15 pasukan telah menyertai kejohanan yang bermula pada pukul 9:30 pagi dan berakhir tepat pukul 5:30 ptg itu. Waktu makan dan solat zuhur adalah antara pukul 1:00 tghari - 2:00 ptg


Lajnah Penerangan, Informasi & KomunikasiUnit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com