Kembali kepada matlamat asal perjuangan

Wednesday, October 28, 2009,


Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DPPG bersama Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi

Catatan Taujihat Al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dalam Usrah Gabungan 26 Oktober 2009 di Gombak Setia

Punca berlaku konflik dalam parti adalah disebabkan kekeliruan terhadap intima' kepada gerakan Islam. Walhal berpolitik hanyalah sebahagian amanah dan tanggungjawab, tujuan sebenar ialah untuk mendaulatkan syariat Islam.

Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah menggariskan sebab-sebab intima' :-
1. Intima' secara naluri dan mengikut kecenderungan hati
2. Intima' kerana kepentingan tertentu yang hendak dicapai
3. Intima' kerana individu
Ketiga-tiga intima' ini bersifat rapuh kerana yang paling tepat adalah menyatakan intima' kerana aqidah yang hakiki.

Oleh itu setiap ahli gerakan Islam harus bijak membezakan di antara 'ahli politik' dengan ahli gerakan Islam yang mana perbezaan ketara dilihat di sudut berikut :-
1. Fikrah - ahli gerakan Islam punyai fikrah yang syamil
2. Syakhsiyah - ahli gerakan Islam punyai syakhsiyah yang soleh
3. Aqidah - ahli gerakan Islam punyai aqidah yang soheh

Pesan Imam Malik rahimahullah, "Tidak akan berjaya sesuatu ummat itu melainkan dia melihat kepada ummat terdahulu". Bagaimanapun melihat ke belakang ini bukan semata-mata melihat dan mengambil materialnya, akan tetapi yang dilihat dan diteladani adalah semangat dan ruh yang terdapat di masa silam itu.

Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi menyampaikan taujihat

Dato Seri Tuan Guru Presiden dalam ucapan dasar muktamar yang lalu menegaskan PAS adalah sebuah harakah tarbiyyah, harakah da'wah dan harakah siyasah. Justeru matlamat perjuangan PAS bukan sekadar untuk menang tetapi juga untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Ungkapan politik adalah persepsi seringkali dinyatakan oleh penganalisa politik dan pemain-pemain politik. Akan tetapi persepsi yang dilihat hanyalah persepsi manusia dan dalam masa sama menolak tepi persepsi atau neraca Allah ta'ala. Sabda Nabi SAW, "Carilah redha Allah sekalipun seluruh manusia tidak meredhai kamu"

Dan pesan terakhir dari sabda Nabi SAW, "Tidaklah tinggal pada suatu kaum itu sekiranya mereka meninggalkan jihad kecuali menjadi hina"

Tuan rumah, Ustaz Halim Arshad (Mantan SU Agung PAS Pusat)


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com