Tayangan Animasi dan Motivasi Kanak-Kanak

Sunday, December 13, 2009, 0 comments


HULU KELANG - Satu siri program Tayangan Animasi dan Motivasi Kanak-Kanak telah diadakan sempena cuti persekolahan akhir tahun. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang ini telah berjalan lebih seminggu di lokasi-lokasi terpilih sekitar DUN Hulu Kelang.

Sambutan kanak-kanak terhadap program ini amat menggalakkan. Kelihatan mereka tekun menonton filem animasi 'Up' dan seterusnya diselitkan dengan motivasi dan pengajaran-pengajaran yang boleh dikutip daripada filem tersebut. Purata kehadiran adalah sekitar 30 hingga 50 orang kanak-kanak tempatan.

(gambar) Saudara Syafiq sedang menyampaikan motivasi

Ahli-ahli UKJ Hulu Kelang telah memainkan peranan besar di dalam penganjuran program ini bagi menyokong aktiviti-aktiviti Pusat Khidmat ADUN khususnya sepanjang cuti persekolahan ini. Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Habibullah yang turut menerajui Pusat Khidmat Zon Kg Pasir telah menjalankan program tayangan ini di zon beliau.

Masih terdapat beberapa siri tayangan ini lagi yang akan dilaksanakan selepas ini bagi melengkapkan jadual tayangan yang meliputi seluruh zon-zon di dalam DUN Hulu Kelang.

(gambar) Saudara Habib mengawasi tingkahlaku kanak2 di situ



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Remaja Gombak berlibur di Rehlah Amal 2009

Monday, December 7, 2009, 0 comments

KLANG GATES - Seramai 40 orang remaja dari Hulu Kelang dan Gombak telah dikumpulkan dalam satu program Rehlah Amal 2009 di Kawasan Rekreasi Empangan Klang Gates pada 5 Disember 2009 lepas. Program anjuran Pusat Khidmat Komuniti Muda dan Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Gombak ini telah memilih UKJ Hulu Kelang sebagai tuan rumah.

(gambar) Mendengar taklimat permulaan

(gambar) Ucapan perasmian oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan

(gambar) Acara memanaskan badan ala-ala kungfu Gombak

Bertemakan "bersama mencambah minda, mengukuh jatidiri dan memantap ukhuwwah", program setengah hari ini dianjurkan bagi mengajak remaja ini terlibat dalam program yang sihat sempena cuti persekolahan hujung tahun ini. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim sebelum diserahkan kepada Abang Naseem selaku Ketua Fasilitator untuk mengendalikan acara ice-breaking dan game.

(gambar) Aksi 'cicakman' dalam game pertama

(gambar) Seorang peserta sedang menduga 'kebijaksanaan' Ustaz Syarhan

(gambar) Begitu ligat sekali dalam game 'Botol Beracun'

Walaupun pada permulaan program kelihatan para peserta masih agak diam dan kurang berkomunikasi, namun sebaik game dimulakan, kelihatan masing-masing sudah mula mengenali dan tidak kelihatan janggal antara satu sama lain serta antara abang-abang fasi dan urusetia yang hensem dan macho belaka. Dan acara game terakhir telah diserikan dengan game perlawanan antara seluruh peserta dengan abang-abang urusetia yang keputusannya dimenangi oleh abang-abang urusetia.

(gambar) Abang Naseem sedang menyampaikan khulasoh permainan

Selesai permainan, Ketua Fasilitator membuat sedikit khulasoh atau ringkasan kepada permainan yang telah dijalankan, sedikit sebanyak menerangkan kepada para peserta objektif permainan tersebut dan perkaitaannya dalam kehidupan sehari-harian sebagai seorang muslim. Dan akhirnya acara yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta dan urusetia, iaitu acara mandi sungai.

(gambar) Begitu teruja dapat mandi sungai

(gambar) Para bapa 'mithali' menemankan anak masing-masing

Dengan cuaca yang baik dan keadaan sungai yang juga baik dan selamat, para peserta diberi masa sehingga sejam untuk bermandi-manda. Jelas kelihatan kegembiraan terpancar di wajah para remaja ini dapat berlibur dan bersantai selepas sepanjang tahun menghadap sesi persekolahan yang panjang.

(gambar) Ceria mendapat hadiah walaupun kalah

Menurut pengarah program, saudara Muthanna, objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan sedia ada antara naqib dengan para ahli Usrah Amal masing-masing. Selain itu objektif program ini juga adalah bagi membina semula hubungan antara ahli UKJ Hulu Kelang dan Pemuda Gombak dengan bekas peserta-peserta Jambori Amal 2008, Kembara Amal 2008, Ekspedisi Bukit Tabuh 2008 serta kepada pelajar-pelajar kelas mengaji di seluruh DUN Hulu Kelang dan menurut beliau, objektif-objektif yang digariskan ini mencapai sasaran melalui progam setengah hari ini.

(gambar) Solat tiang agama

(gambar) Sesi bergambar dengan semua peserta, urusetia dan fasilitator

Ucapan penutup program ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua DPPG, saudara Azizul Abu Bakar dan seterusnya majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta telah disempurnakan. Sebelum bersurai, semua peserta telah menunaikan solat fardhu Zohor di atas tanah tanpa sebarang alas, sekurang-kurangnya mereka sedara betapa pentingnya solat dilakukan walaupun tanpa alas, sejadah, mahupun dengan berbaju basah. Semoga program ini ada manfaatnya untuk semua dan bertemu lagi dalam siri-siri program dengan tema Amal di masa akan datang!!


(gambar) Sedang membahagi 'ghanimah'

Lagi foto lihat di sini



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Usrah Gabungan - Adab dan Akhlak Berjama'ah oleh Ustaz Yusof Embong

Thursday, December 3, 2009, 0 comments

BATU CAVES - Usrah Gabungan Dewan Pemuda PAS Gombak kali ini diadakan ketika umat Islam masih di dalam suasana berkorban di bulan Zulhijjah. Naqib jemputan ialah Ustaz Yusof Embong selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pahang, bertempat di Dewan Taman Batu Caves,Batu Caves. Berikut adalah coretan penting penyampaian beliau yang bertajuk "Adab dan Akhlak Berjema'ah":-


(gambar) Ustaz Yusof Embong membentangkan penyampaian

- Rasional perlunya adab dan akhlak berjema'ah adalah kerana ahli PAS ramai dan mempunyai banyak kerenah

- Adab yang perlu ada ialah:-


1) Ikhlas

  • Penting untuk menelaah kitab "Prasyarat Harakah Islamiah oleh Syeikh Abul A'la Al-Maududi"
  • Kemenangan yang dicari ialah AL-FALAH iaitu kemenangan di dunia dan di akhirat
  • Penting juga untuk menelaah dan menghafal Surah Al-Hujurat kerana ia terkandung adab-adab berjema'ah yang sebenar-benarnya
  • Janji kemenangan Tuhan adalah benar kerana Tuhan tidak memungkiri janji, pasti ada sesuatu yang tidak betul atau tidak penuhi syarat jika kemenangan tertangguh:-

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nur:55)

  • Sebab-sebab akhlak dan adab berjema'ah ini penting adalah:-

i) Supaya mendapat Mardhatillah

ii) Supaya mendapat pertolongan Allah

iii) Supaya istiqamah dalam perjuangan Islam kerana perjuangan ini berdepan banyak ujian dan tribulasi dari dalam dan luar jema'ah

  • Akibat seseorang itu dihinggapi sifat mazmumah:-

i) Berdosa

ii) Tertangguh kemenangan

وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ حَتَّى إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الآخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ وَاللّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman. (Ali Imran:152)


(gambar) Sebahagian ahli Pemuda yang hadir

2) Al-Husnu Thiqah Billah

  • Percaya kepada jaminan dan janji Allah

3) Istiqamah

  • Berterusan dan tetap teguh kepada perjuangan

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Hud:112)


(gambar) Ketua DPPG, Ustaz Syarhan menyampaikan amanat

4) Taat kepada pimpinan

  • Sikap saling mempercayai antara pimpinan dengan pengikut

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

  • Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (Ali Imran:133)

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

  • (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran:134)

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

  • Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Ali Imran:135)

أُوْلَـئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

  • Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. (Ali Imran:136)

قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانْظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذَّبِينَ

  • Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (Ali Imran:137)

5) Ukhuwwah

  • Tahap yang paling rendah ialah husno zhon (sangka baik) dan tahap paling tinggi ialah ithar (sanggup menyusahkan diri untuk sahabat)

وَالَّذِينَ تَبَوَّؤُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

  • Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.(Al-Hasyr:9)

6) Kerahsiaan




Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Program Khatan Beramai-ramai DUN Hulu Kelang

, 0 comments


Hubungi Saudara Afif 019-2230858 atau Pejabat 03-42602205



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Ibadah Qurban dan Aqiqah 1430H

Tuesday, December 1, 2009, 0 comments

GOMBAK SETIA - Satu program ibadah qurban telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gombak Setia yang merupakan anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak dan PAS Kawasan Gombak pada hari ketiga Aidil Adha.

Ibadah qurban seekor lembu ini disertai oleh ahli-ahli Pemuda dan ahli PAS Kawasan Gombak dan telah diraikan dengan kehadiran ahli dan petugas PAS dan Pemuda dari seluruh kawasan Gombak.

Walaupun masing-masing masih kepenatan setelah terlibat dengan ibadah qurban di tempat/surau/masjid masing-masing pada hari sebelumnya, dan juga hanya seekor lembu yang ditumbangkan, namun kemeriahan bertemu dalam program PAS dapat dirasai oleh sekelian yang hadir.

Walaupun pada permulaannya kelihatan sedikit 'goyang' untuk menumbangkan lembu tersebut, namun setelah dibantu dan diberi tunjuk ajar oleh Ketua Urusan Ulama', Ustaz Farhan, proses berikutnya berjalan dengan lancar. Sebelum lembu disembelih, Ustaz Farhan sempat menyampaikan sedikit tazkirah ringkas berkaitan ibadah qurban yang dilaksanakan.

Semoga ibadah qurban ini diterima oleh Allah..amiin..

(gambar) Ustaz Farhan 'memujuk' lembu utk ditumbangkan

(gambar) Kelihatan petugas cuba 'menjerat' lembu untuk ditumbangkan

(gambar) Ustaz Farhan menyampaikan tazkirah ringkas

(gambar) Allahu Akbar...lembu disembelih..darah memancut keluar

(gambar) Dan lagi darah...jangan ada yg pitam tengok darah!!

(gambar) Mamat ni potong tali lembu dah mati boleh lah....

(gambar) Saudara Azizul mengapak tulang

(gambar) Kelihatan saudara Rashid membantu melapah lembu

(gambar) Wakil UKJ Hulu Kelang menerima daging..boleh buat BBQ program Rehlah Amal!!

(gambar) Semoga Allah menerima ibadah qurban ini..amiin





Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com