Mesyuarat Agung Tahunan UKJ Hulu Kelang 2011

Tuesday, March 22, 2011, 0 comments

Taman Sri Keramat - Satu Mesyuarat Agung Tahunan Peringkat UKJ Hulu Kelang 2011 telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Kehadiran adalah di kalangan ahli UKJ Hulu Kelang serta ahli Pemuda PAS Cawangan-cawangan di DUN Hulu Kelang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh saudara Azizul Abu Bakar, Timbalan Ketuan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Mohd Nadzim bagi menggantikan Ketua UKJ, saudara Habibullah yang tidak dapat hadir. Laporan tahunan aktiviti UKJ Hulu Kelang bagi tahun 2010-2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha dan Laporan Kewangan pula dibentangkan oleh Bendahari.

Kedua-dua laporan ini telah diteliti dan disemak oleh semua yang hadir dan persoalan-persoalan serta cadangan penambahbaikan telah diutarakan dan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak UKJ Hulu Kelang.

Lagi foto-foto menarik dan 'gempar' di sini

(gambar) Mesyuarat bermula

(gambar) Saudara Nadzim menyampaikan 'ucaptama'

(gambar) Saudara Sufi dari Permata bertanyakan soalan

(gambar) Saudara Ilham sedang memberikan penjelasan tentang Projek ILHAM

(gambar) 'Berpeluh' saudara Azali memberi 'justifikasi' tentang laporan kewangan

(gambar) Begitu teliti saudara Shahrul dari AU1 menyemak laporan

(gambar) Ketiadaan Ketua UKJ "dimanfaatkan sepenuhnya' untuk membuat percaturan..ops

(gambar) "...tahun ni kita tukar jawatan pula, Naib dan Timbalan kita switch.."

(gambar) Amanah mengisi borang pencalonan dilaksanakan sebaiknya!!

(gambar) Penghargaan kepada saudara Azizul di atas kehadiran


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011

Monday, March 21, 2011, 0 comments

(gambar) Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang merupakan acara tahunan

Ampang Sports Planet - Satu Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011 telah dilangsungkan di sini pada 12 Mac 2011 lepas. Program anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 ini diuruskan oleh Pemuda PAS DUN Hulu Kelang.

(gambar) Para peserta bergambar sebelum kejohanan bermula

Kejohanan ini dijalankan bersempena dengan Kempen Melawatiku Bersih, Indah dan Selamat yang sedang berjalan di bawah anjuran JKP MPAJ Zon 1. Kejohanan ini telah menerima penyertaan daripada 19 buah pasukan yang para pemainnya terdiri daripada para belia tempatan di DUN Hulu Kelang.

(gambar) Sebahagian aksi kejohanan

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Muslim Ismail, wakil daripada JKP MPAJ Zon 1 bagi menggantikan YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang dan Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Hj A. Yazid Alias yang terpaksa menghadiri majlis penyerahan kunci perumahan di Kg Kemensah Hilir.

Perjalanan kejohanan berjalan dengan baik dan lancar dari awal walaupun terdapat sedikit bantahan yang mengambil sedikit masa ketika kejohanan melangkah ke peringkat kalah mati.

(gambar) Finalis bersalaman dengan ADUN dan Ahli Majlis sebelum final berlangsung

Dan akhirnya pasukan dari Kelab Belia TDK (Taman Desa Keramat) dan Permata FC (Taman Permata) berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas mengetepikan saingan masing-masing. Dan selepas 15 minit perlawanan akhir berjalan, Kelab Belia TDK muncul juara Piala ADUN Hulu Kelang 2011, sekaligus mengekalkan kejuaraan yang mereka sandang pada tahun 2009.

(gambar) Kelab Belia TDK mempertahankan kejuaraan sekali lagi

Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Saari Sungib dan turut disertai oleh Ahli Majlis MPAJ merangkap Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Haji A. Yazid Alias.

Semoga dengan penganjuran kejohanan ini akan memberi peluang kepada para belia di Hulu Kelang untuk bersaing secara sihat di samping menambah kenalan dari segenap DUN Hulu Kelang.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Meninjau Keadaan Padang Bola AU3

Thursday, February 24, 2011, 0 comments

AU3 - Pemuda PAS Hulu Kelang meneruskan langkah susulan selepas pertemuan dengan Kelab Sukan AU3 tempoh hari dengan meninjau keadaan padang bola AU3. Keadaan padang bola ini menjadi permasalahan utama yang dibangkitkan oleh Kelab Sukan AU3 dalam pertemuan tempoh hari.

Justeru beberapa orang AJK UKJ diketuai Setiausaha UKJ, saudara Zaharin dan Pengerusi DACS UKJ Hulu Kelang, saudara Aafif dan wakil Pemuda PAS AU3 (yang juga AJK UKJ), saudara Ilham telah melihat dan meninjau sendiri keadaan padang tersebut.

Selepas tinjauan ini, UKJ Hulu Kelang akan mengadakan satu pertemuan dengan pihak Ahli Majlis MPAJ bagi kawasan ini. Semoga usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh UKJ ini akan membuahkan hasil dan penyelesaian terhadap permasalahan ini.

(gambar) Saudara Zaharin merasa mata air panas yang telah dialihkan dari tengah padang

(gambar) Di hadapan papan tanda padang bolasepak yang diurus oleh MPAJ

(gambar) Keadaan padang

(gambar) Struktur padang yang tidak rata dan rumput yang tumbuh tidak seragam

(gambar) Sedikit gambaran keadaan padang

(gambar) Keadaan rumput padang yang 'berbukit-bukit' yang nyata tidak selamat digunakan


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Pemuda PAS Hulu Kelang sertai H30K di Kedah

Tuesday, February 22, 2011, 0 comments

Kedah - Pemuda PAS Hulu Kelang telah menyertai delegasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak ke Himpunan 30,000 (H30K) Pemuda PAS Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada 19 Februari 2011 lalu.

Peserta dari Hulu Kelang adalah seramai 48 orang telah bersama-sama seluruh Pemuda PAS Malaysia dalam himpunan yang bersejarah ini. Pelbagai motivasi dan taujihat dari pimpinan PAS telah diterima dengan baik sebagai bekal menghadapi perjuangan khususnya dalam menghadapi PRU ke-13 yang akan datang nanti.


(gambar) Ketua UKJ, saudara Habib menyampaikan taklimat di dalam bas

(gambar) Kontijen Selangor antara yang menggegar di himpunan

(gambar) Semua istiqamah mendengar amanat pimpinan walau cuaca panas

(gambar) Naib Presiden PAS, Ustaz Dato Tuan Ibrahim menyampaikan pidato

(gambar) Artis Bob Lokman yang menyertai PAS hari itu sedang berceloteh dengan peserta himpunan



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Engangement dengan Kelab Sukan AU3

Monday, February 14, 2011, 0 comments

(gambar) Pertemuan ukhuwah antara Pemuda PAS Hulu Kelang dengan Kelab Sukan AU3

AU3 - UKJ Hulu Kelang telah mengambil inisiatif untuk menyahut seruan "Orang Muda Geng Kita" dengan mengadakan satu pertemuan ukhuwah dengan Kelab Sukan AU3 di sebuah kedai makan di Taman Sepakat, AU3.

Pertemuan pertama ini telah diketuai oleh Ketua UKJ sendiri, saudara Habibullah dengan disertai bersama 3 orang AJK UKJ Hulu Kelang. Sementara pihak Kelab Sukan AU3 pula dengan berbesar hati menyambut pertemuan ini dengan disertai oleh Penasihat, Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari serta beberapa orang AJK kelab.

Selain beramah mesra dan berkenal-kenalan, pertemuan ini turut diisi dengan perbincangan tentang permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab ini sama ada dari aspek pengurusan, kemudahan mahupun perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama antara Pemuda PAS Hulu Kelang dengan pihak Kelab Sukan AU3.

Dalam usaha 'engangement' ini, pihak Pemuda PAS Hulu Kelang sedaya upaya akan membantu beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pihak kelab untuk diselesaikan melalui hubungan dengan pihak-pihak yang berkenaan seperti Ahli Majlis, MPAJ mahupun pihak ADUN Hulu Kelang sendiri.

Di akhir pertemuan, pihak Pemuda PAS Hulu Kelang memberi komitmen untuk membantu sebagai pemudahcara bagi pihak kelab menyelesaikan beberapa permasalahan yang berbangkit. Sementara pihak kelab pula menghargai usaha yang diambil oleh Pemuda PAS Hulu Kelang untuk mengadakan pertemuan ini dan seterusnya juga sedia bekerjasama dalam agenda membangunkan belia-belia di Hulu Kelang khususnya di kawasan AU3.

(gambar) Cenderahati kenangan berupa bolasepak Nike T90 Premier League disampaikan oleh saudara Habib kepada Presiden Kelab Sukan AU3, Haji Mohammad



Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com