Reunion Bukit Lagong Himpun Remaja di DUN Hulu Kelang

Monday, February 23, 2009,

AU2A - Satu pertemuan telah dilangsungkan pada Sabtu lalu di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, Sri Keramat AU2A. Pertemuan atas nama "Reunion Bukit Lagong" ini dianjurkan bagi mengumpulkan semula peserta-peserta Perkhemahan Amal 2008 yang diadakan di Kem Bukit Lagong, Selayang hujung tahun 2008 lalu.

Perjumpaan ringkas ini diadakan sebagai salah satu program susulan kepada peserta-peserta Perkhemahan Amal 2008 dari DUN Hulu Kelang serta membuka penyertaan baru kepada remaja-remaja lelaki di DUN Hulu Kelang. Pertemuan ini dijalankan dengan slot utamanya merupakan sembang-sembang santai daripada Ustaz Farhan Suhut. Penyampaian ini berjaya menarik minat para peserta yang hadir dan sekaligus membangkitkan sedikit sebanyak kesedaran dari segenap segi di kalangan para peserta yang hadir. Majlis pelancaran pula telah dilaksanakan oleh Ustaz Hasbullah Mohd Ridzuan, Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak.

Natijah daripada pertemuan ini adalah untuk membimbing para peserta yang hadir secara berterusan selepas pertemuan ini dari aspek syakhsiyah, hubungan ibu bapa, ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, pelajaran di sekolah, aktiviti sukan dan lapangan-lapangan ilmu yang difikirkan sesuai dan perlu untuk mempersiapkan para remaja menghadapi cabaran hidup masa kini. Para peserta dibahagi mengikut kumpulan tertentu dan dinamakan dengan Usrah Amal dan program penerusan akan dilaksanakan bersama fasilitator dari kalangan UKJ Hulu Kelang.

Penyertaan ke dalam program Usrah Amal ini masih dibuka dan dialu-alukan penyertaan dari kalangan remaja dan belia di DUN Hulu Kelang yang berminat untuk turut serta. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel pkkmhk@gmail.com.

Lagi gambar program boleh lihat di sini

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

0 comments:

Post a Comment

Hubungi kami di:
Pemuda PAS Hulu Kelang
No 302 Jalan Permata 6, Taman Permata, Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur
pkkmhk@gmail.com